Kuala Selangor: Seorang lelaki yang juga pekerja penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Persiaran Puncak Alam 6, berdekatan sebuah premis jualan kereta, di sini, semalam.
“Mangsa kemudian merempuh bahagian kiri Proton X70 dan tercampak atas jalan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ramli berkata, akibat kemalangan itu mangsa mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
*إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ*
Dukacita dimaklumkan bahawa:-
*Nama Penuh: Amirol Hakim bin Zunaidi.*
*Umur : 26 Tahun*
*Sebab Kematian :* *Kemalangan.*
*Waktu Kematian : 2:00 pm*
*Tarikh : 11/4/2022*
*MAKLUMAT WARIS*
Nama : *Zunaidi bin Abdullah*
Hubungan : *Bapa*
No. Tel : *0173623690*
*Urusan jenazah di Hospital Tanjong Karang dan Solat Jenazah Surau Al-Furqan selepas Solat Tarawih* serta dikebumikan di *Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah.*
Semoga roh beliau diberi keampunan, ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebaiknya serta dijadikan kuburnya sebagai taman-taman syurga.
Seluruh ahli kariah *Surau Al-Furqan* mengucapkan Salam Takziah kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.
Sekian. Harap Maklum.
Sumber : hm