Umum mengetahui bahawa setiap tugas-tugas badan kerajaan adalah satu rahsia jika melibatkan urusan rasmi. Lebih-lebih lagi jika tugas tersebut merangkumi badan beruniform yang bertindak membanteras salah laku serta jenayah.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Namun begitu, sejak kebelakangan ini kerap tular mengenai tindakan sesetengah anggota badan beruniform yang dilihat kurang sesuai kerana memuat naik video ketika sedang bertugas menggunakan akaun media sosial peribadi.
Hal ini samalah seperti posting yang dikongsikan oleh satu akaun Twitter apabila memuat naik kembali rakaman live di TikTok seorang anggota polis wanita yang dikatakan mempunyai pangkat.
Dalam pada itu, anggota tersebut juga sempat mengajak netizen yang menonton live berkenaan untuk mengikutinya di TikTok agar follower terus meningkat.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen telah meninggalkan komen dengan bertanya semula sama ada memang boleh ataupun tidak ‘bersosial media’ ketika sedang bertugas.
Mereka juga mengecam tindakan berkenaan kerana merasakan etika dalam bekerja seakan dilanggar memandangkan live tersebut dibuat menggunakan akaun media sosial peribadi dan bukan untuk tujuan bekerja.
Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang penjelasan daripada pihak anggota polis tersebut kerana media sosialnya tidak membuat sebarang hantaran lagi.
Tindakan itu juga tidak dapat dipastikan sama ada tidak boleh atau sudah ada kelonggaran kepada semua anggota pihak berkuasa dalam menggunakan media sosial ketika sedang bertugas.
Tonton video:
So kalau berpaku memang boleh ea buat live time tengah operasi? Taktau pulak. Masa aku kerja dulu anggota post gambar tengah bertugas kena tindakan keras. Maybe zaman dah berubah, aku pun taktau arahan terkini mungkin pegawai saja dibenarkan kot bersosial media time operasi/tugas pic.twitter.com/qLz9aIlJ73
— ₆⁶₆ςιδ²³₆⁶₆ Seller iPhone! (@Tsgxy_) April 24, 2022
Sumber: Twiter @Tsgxy_