Sekadar gambar hiasan
Seorang wanita yang juga bergelar isteri kantoi bermain kayu tiga bersama lelaki lain ketika suaminya tiada di rumah.
Lebih meruntun hati apabila si suami hanya mengetahui kecurangan si isteri menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumahnya.
Foto: News Beezer
Peng Jichang mengaku tidak sangka isteri yang dipercayainya selama ini tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu sehingga sanggup tidur dengan lelaki lain.
Selepas diselidiki, Jichang akhirnya mendapat tahu mengapa isterinya enggan bersetubuh dengannya.
Ini kerana isterinya dan lelaki tersebut sebenarnya telah mempunyai hubungan sulit selama tujuh tahun sehingga hamil tetapi terpaksa menggugurkan kandungan itu.
Jelas Jichang lagi, mereka berdua menjalinkan hubungan sebelum dia mengahwini isterinya.
Isterinya kelihatan terkejut melihat Jichang tiba-tiba muncul semasa mereka sedang berasmara, walaupun katanya sedang berkerja pada waktu itu.
Meskipun kantoi berlaku curang, wanita berkenaan dikatakan langsung tidak menunjukkan rasa menyesal.
Jichang yang terlalu kecewa kemudian membuat keputusan untuk bercerai.
Sumber: World Today