Penyanyi Iman Troye dikatakan mendedahkan teman lelakinya di laman media sosial dengan memuat naik sebuah video.
“Lambat sangat nak tunggu dia expose, takpela kita buat sendiri.”
Untunglah.. pic.twitter.com/5V5mvbuOC5
— Viral Malaysia (@ViralMalaysia7) April 26, 2022
Sebelum ini, Iman Troye pernah dikaitkan dengan penyanyi Naim Daniel. Perkara itu menjadi bualan hangat netizen apabila hubungan mereka dikatakan mesra seperti pasangan sedang bercinta.
Bagaimanapun, selebriti muda ini menafikan perkara tersebut dan mengakui hubungan mereka hanyalah sekadar abang dan adik sahaja.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian berkenaan telah mengecewakan peminatnya terutama dalam kalangan peminat lelaki.
Sumber: Iman Troye