Semasa

Berang Myvi Halang Dia Nak Lalu di Kecemasan, Velfire ni Balas dgn Lintangkan Kereta di Tgh Jalan

Sejak pagi tadi tular satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan tindakan seorang pemandu Vellfire cuba melintangkan kereta di tengah jalan (line 2) di sebuah lebuh raya.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Pemandu Vellfire tersebut dipercayai buat demikian setelah tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu Myvi yang cuba menghalang laluan di lorong kecemasan.

Mengikut kepsen yang dinyatakan oleh empunya rakaman Hassan Rabin di group Dashcam Owner Malaysia yang memandu kereta Myvi, orang lain dah beratur berjam lamanya, cubalah beratur sekali. Jangan lah main potong que (barisan).

“Dia cari pasal dgn saya. Saya pakai myvi je pun.. Nah.. Nk femes, saya bagi anda femes.. Orang dah beratur berjam-jam.. Kau beratur la sekali.. Jangan la potong que.. Mentang-mentang guna vellfire..”

Tidak dapat dipastikan dimana kejadian tersebut berlaku, namun ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu Vellfire itu.

Merujuk kepada video yang dipaparkan oleh Hassan, pemandu Vellfire itu bukan sahaja cuba melintangkan kereta di depannya malah dia cuba meludah ke luar kereta seperti ingin menunjukkan amarahnya terhadap pemandu Myvi.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen dilihat tidak berpuas hati kerana tindakan pemandu terbabit seolah-olah tidak masuk dek akal kerana boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

“Kalau aku turun bro .. bkn ckp bsr bro .. samseng² jln mcm nie yg penah kena kt aku, aku kejar balik .. bkn berani spesis mcm nie bro .. try turun .. aku berani jamin lah bro .. die dlm kereta je .. cara hidup aku .. org baik dgn aku .. seribu kali baik aku balas” – Mohd Iewan

“Zaman dah maju.. Burung belatuk dah pandai bawak peti sejuk.. Benda boleh gaduh btpe nak tolak ansur..” – Ezil

“Dia nak marah x bagi chance utk masuk x kisah ni main2 plak bila dah kat depan.. membahayakan orang je.. ke kiri ke kanan. pakai velfire je pun bukan nya ada jet” – Intan

Tonton Video Di Bawah:

Sumber: Belumbalik.com & Group Facebook Dashcam Owner Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *