Semasa

Lelaki yg Sengaja Brek & Undur Mengejut, Akhirnya Terima Padah Bila Dia Cuba PukuI Pengguna Jln Raya

Sejak pagi tadi tular satu rakaman video memaparkan tindakan seorang pemandu Waja cuba memberhentikan kereta secara mengejut di hadapan kereta Iswara di jalan raya.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Tidak cukup dengan itu, pemandu Waja didapati cuba merempuh kereta di belakangnya dengan secara reverse.

Rakaman kejadia itu berjaya dirakam oleh pembonceng motosikal yang kebetulan lalu di laluan yang sama.

Menurut kepsyen dari Mohd NoorKazairie yang memuat naik video kejadian itu di facebook, kereta Proton Waja tersebut memakai nombor plate palsu.

Tambah beliau lagi, pemandu kereta Waja itu dikatakan cuba mencari pasal dari awal dan berlagak samsemg.

Update : Plate kereta waja (QAA 4403 S) ya plate palsu!!

Siapa kenal waja silver YA, Sikit gk aku nak exsiden melanggar nya. Dari kluar viva aku ngepong 2 buah kreta tok. berpanah atas jeraya. Dh ppuan dlm kreta hitam buntin. Kereta waja ya belit² cerita time ya pdh drik nya betol, Sekali siasat, waja ya nang sengaja carik pasal. Mun tauk dri awal kau slh tk xda cerita. nak jadi samseng jgn 2 lwn 1. Mun maok bnr jgn cabut bossku.”

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut ditonton sebanyak 554,000 kali dan 7,300 perkongsian selain ribuan komen dalam kalangan netizen.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen dilihat tidak berpuas hati kerana tindakan pemandu terbabit seolah-olah menunjukkan mentaliti yang teramat teruk.

Malah ramai turut menggesa agar pihak berkuasa segera mencari dan menangkap pemandu Proton Waja itu yang dianggap sebagai samseng jalanan.

Pemilik nombor pendaftaran yang sebenar telah pun buat report di balas polis.

Antara reaksi netizen:

“Celaka samseng Waja ya ….atas langit maseh ada langit…antap salah maseh juak rasa dirik betol…..” – kata Fajri

“Nangga member megang helmet alu lari..gia gaya “samseng” kah” – Allan

Setakat ini masih tidak dapat dipastikan sama ada pelaku tersebut sudah berjaya diberkas oleh pihak berkuasa atau belum.

Tonton Video di bawah:

Sumber Belumbalik.com, Facebook Mohd Noorkazairie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *