Semasa

“Gua jumpa, gua rembat lu..” Tak Tahan Tengok, Joe Flizzow Sound Lelaki yg Pakai Baju Melayu, Tapi Dgn Sneakers

Penyanyi rap terkenal Joe Flizzow menitipkan pesanan khas kepada jejaka berumur 21 tahun ke atas yang mengenakan baju Melayu pada Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi sebuah video pendek di Instagram @sneakerlah, Joe, 43, menekankan etika pemakaian baju Melayu supaya nampak sempurna dan kemas.

Ada warganet yang bersetuju dengan pendapat penerbit muzik ini kerana ingin mengekalkan adat budaya dan tradisi.

@syajari: Hormat budaya kita. Lemak cecah cheese tak kena.

@__ahmadfikri__: Nak betul-betul nampak Melayu jangan pakai kasut nampak macam formal. Nak betul-betul Melayu pakai selipar capal.

@modernitythriftshop: Dia (Joe) tekankan tentang budaya dan adat pemakaian Melayu. Kena faham.

Bagaimanapun, terdapat netizen yang membantah kerana berpendapat itu adalah hak individu untuk berfesyen.

@arvip: Maaf tak setuju, fashion ini bebas tak ada kata kena ikut kepala President.

@rvdziiforgram: Fesyen adalah subjektif. Itu hanya pendapat dia, tak semestinya kita kena ikut.

@fzhd.official: Biar mereka pakai apa yang membahagiakan mereka, lain orang lain cara menyambut hari bahagia.

Kalau diorang gembira nak pakai sneakers pada hari raya, biarkan. Ini adalah hari raya, hari orang gembira. Itu sahaja yang penting.

Sumber: Instagram @sneakerlah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *