Semasa

Wanita yg Tapau Licin Kuih² dan Makanan di Majlis Rumah Terbuka Akhirnya Menerima Padah

Pelbagai jenis orang boleh dijumpai di majlis rumah terbuka yang kita hadiri.

Ada yang gembira sebab dapat berjumpa, ada yang khusyuk makan, ada yang mahu rakam setiap detik yang berlaku kerana teruja dan macam-macam lagi.

Namun, menerusi sebuah video yang viral di TikTok ini lain pula perangai yang ditunjukkan oleh seorang wanita di sebuah acara perkahwinan.

Tindakkan wanita ini telah menerima ladah, apabila dikecam oleh warganet.

Berdasarkan rakaman tersebut, wanita yang memakai baju kurung biru gelap itu dilihat sedang memilih kuih yang mahu dibungkus untuk bawa pulang.

Dia dilihat mengambil kuih muih sehingga licin sebelum memasukkannya ke dalam plastik berwarna hijau dan terus berlalu pergi.

Bagaimanapun, menurut warganet dia tidak seharusnya berbuat sedemikian kerana ketika itu majlis masih sedang berlangsung.

Memang normal dan menjadi kebiasaan ibu-ibu yang membawa lauk pauk atau makanan lain yang tidak habis di majlis perayaan.

Tetapi, tindakan wanita terbabit dikritik kerana tetamu jemputan masih lagi berada di lokasi majlis itu diadakan.

Difahamkan kejadian itu berlaku di Indonesia dan ada netizen yang dilihat bersangka baik menganggap wanita berkenaan merupakan ahli keluarga tuan rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *