Semasa

Tidak Mahu Lagi Berdiam Diri, Tindakkan yg Akan Diambil Puteri Sarah Balik Umrah Sgt Mengejutkan

Selama empat tahun memendam rasa, Puteri Sarah tidak mahu lagi menanggung penyiksaan lebih parah hingga menyebabkannya berdepan penderaan emosi dan mental.

Menurut Puteri Sarah, selama ini dia tidak berkongsikan perkara itu kerana mahu mempertahankan rumah tangganya.

Memohon hidayah daripada Allah mengenai apa yang berlaku, Sarah berkata dia reda dengan apa juga petunjuk Allah.

“Saya mahu memulakan kehidupan baharu sekembali dari Tanah Suci. Apapun detik hati dan petunjuk yang Allah berikan, itulah yang saya akan ikut.

Buat masa ini, saya tak berani nak cakap apa-apa. Apapun keputusan saya selepas ini, itu adalah petunjuk Allah.

“Saya tak mampu nak tanggung sengsara seumur hidup. Saya perlukan ketenangan dalam mencari jalan keluar daripada kemelut rumah tangga tak berpenghujung,” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata dia masih memberikan suaminya ruang sekiranya mahu memperbaiki perhubungan, namun dia reda dengan apa sahaja takdir.

“Jika ditakdirkan jodoh bersama Syamsul masih panjang, saya terima. Namun, jika Allah sudah menetapkan, cukup-cukuplah empat tahun tanggung derita, saya reda dengan apa juga takdir yang tercipta.

“Segala-galanya bukan keputusan mudah, apatah lagi, sudah lapan tahun hidup bersama.

Keluarga mentua pula terlalu baik, melayan saya seperti anak sendiri dan menyayangi Syaikhul dan Sumayyah tanpa berbelah-bahagi.

Namun, ‘no turning back’ ketika pintu hati sudah tertutup rapat,” katanya.

Terdahulu, Puteri Sarah mendedahkan rumah tangganya diganggu oleh orang ketiga hingga menyebabkan dia dan suami tidak tinggal sebumbung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *