Semasa

Terpelanting ke Tebing Sungai, Lelaki Meninggal Dunia Selelas Terlanggar Tebing Titi

ALOR SETAR: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabas di tebing sungai, jalan batas ban Jalan Langgar, hari ini.

Ketika ditemui orang awam pada jam 6.50 pagi, mangsa berusia 23 tahun itu masih memakai topi keledar dan berpakaian lengkap.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati, kemalangan berlaku ketika mangsa menunggang dari arah Jalan Langgar, melalui jalan batas ban menuju ke arah Telaga Mas.

“Ketika melalui sebuah titi kecil di tempat kejadian, tayar hadapan motosikal itu dipercayai terlanggar pada tebing titi menyebabkan ia hilang kawalan ke kanan dan seterusnya melanggar tebing titi.

Sementara itu, Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.48 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Alor Setar yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Zulkiflee Md Esa tiba di lokasi tidak lama kemudian.

“Pasukan bomba membantu mengangkat mayat mangsa dari tebing sebelum diserah kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *