PENYANYI Mimi Fly meluahkan rasa kurang senang apabila ada pihak yang menggelarkan kekasihnya sebagai ‘Negro’ hanya kerana lelaki itu berasal dari Afrika.
Menurut Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 36, panggilan ‘Negro’ itu dianggap sebagai tidak menghormati kaum African-American, dan boleh mencetuskan pergaduhan.
Mimi harap dapat beri layanan terbaik jika keluarga kekasihnya datang Malaysia.
“Saya bersyukur mereka melayan saya dengan baik ketika berjumpa di sana.
“Saya juga berharap mereka disambut baik jika dapat datang ke Malaysia suatu hari nanti supaya mereka tahu kebaikan orang kita dan tidak dianggap biadab,” jelasnya.
Tak kisahlah siapa pun, yang penting kalau nak berumah tangga kena saling kenal mengenali, tahu hati budi masing-masing dan paling penting, kena ada persefahaman.
Tidaklah rumah tangga yang dibina itu nanti kukuhnya hanya seketika. Macam rumah tangga Mak Wan Latah pula konsepnya nanti.
Mimi sebelum ini mendedahkan sedang bercinta dengan seorang lelaki berkulit hitam yang bertugas sebagai seorang doktor pakar tulang belakang di Amerika Syarikat.
Mereka mula berkenalan sejak tiga tahun lalu ketika sama-sama sedang bercuti.
Untuk rekod, bekas anggota kumpulan One Nation Emcee ini ini mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015, namun bercerai dua tahun kemudian.