Semasa

Gara² Tidak Berasa Apa² Ketika Bersama Suami, Wanita 50-an Ditangkap Ketika Beraksi dgn 2 Lelaki Muda

Tular video dimana seorang wanita berusia hampir separuh abad menjadi bualan di media sosial baru-baru ini kerana berlaku curang terhadap suaminya bersama dua lelaki lain, lapor laman berita Suara.com semalam.

Kisah tersebut dimuat naik menerusi akaun Instagram @penajamterkini_net.

Video yang viral itu telah mendalat respon yang mengejutkan dari warganet. Rata-rata mereka memuji sikap suami yang masih boleh bersabar dengan dugaan.

“Rasa sekejap je best..”

Terus Sambar 2 Sekaligus

“Curang dengan dua lelaki sekali gus kerana tidak lagi bernafsu pada  suaminya,” demikian kenyataan yang dimuat naik bersama hantaran itu.

Menurut kenyataan yang ditulis oleh admin akaun Instagram itu, wanita berusia 48 tahun yang hanya dikenali sebagai SD dikatakan berlaku curang di rumahnya sendiri di Sungai Nilo, Kampung Nilo Dingin, Jambi.

Menurut keterangan bertulis, Ketua Polis Lembah Masurai, IPTU Sitepu Kanit Reskrim menjelaskan bahawa ketika serbuan dibuat, ketiga-tiga pelaku belum ‘berkesempatan’ melakukan hubungan intim.

“Ini berdasarkan kenyataan pelaku ketika siasatan polis. Ketiga-tiga mereka mengaku belum sempat berbuat apa-apa sebelum diserbu oleh penduduk setempat,” katanya.

“Ketika itu, HM yang merupakan suami sah SD sedang tidak berada di rumah. Dia hanya tiba selepas dihubungi penduduk yang melakukan serbuan itu. Dia (suami) sendiri yang melaporkan perkara itu kepada pihak polis,” jelasnya.

Hasil soal siasat, ketiga-tiga pelaku pernah menjalinkan hubungan intim. Wanita itu mengaku menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain kerana sudah tidak bernafsu terhadap suaminya lagi.

Lebih mengejutkan, wanita itu mengakui sudah menjalin hubungan sulit bersama PN selama lebih 3 tahun sejak dari tahun 2016 lagi dan telah melakukan hubungan intim sebanyak 11 kali.

SD berkata, wanita itu bertindak demikian  kerana sudah tidak bernafsu lagi terhadap suaminya, malah si isteri telah menjalin hubungan sulit selama tiga tahun setengah.

Netizen yang membaca hantaran itu kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.

“Tidak mensyukuri apa yang sudah diberikan,” komen seorang netizen. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *