Semasa

“Ust yg cakap macam tu..” Gara² Guna Duit Raya Anak² Buat Beli Pampers dan Susu, Tindakkan Wanita ini Akhirnya Dikecam Netizen

Bila bercakap tentang Hari Raya, antara yang paling dinantikan golongan kanak-kanak sudah tentulah duit raya yang mereka anggap sebagai ganjaran selepas berpenat lelah menahan lapar dan dahaga selama sebulan di bulan Ramadan.

Menerusi satu video yang dimuat naik pengguna dengan nama pengguna @princessyaya373.

Dia telah menggunakan duit raya anak-anaknya itu bagi membeli barangan keperluan bayi seperti susu dan lampin pakai buang.

Melihat kepada tanda pagar ‘#twins’ yang digunakan, wanita tersebut dipercayai mempunyai sepasang anak kembar.

Perkongsian tersebut telah mendapat lebih 1000 komen merangkumi pelbagai reaksi netizen yang berbalah secara lisan pandangan mereka mengenai hukum menggunakan duit raya anak untuk membeli barangan keperluan.

Ada yang berpendapat bahawa duit raya anak sepatutnya disimpan, dan susu serta lampin pakai buang merupakan tanggungjawab ibu bapa.

Sekiranya ibu bapa menggunakan duit raya bagi tujuan itu, mereka wajib menggantikan semula duit tersebut.

Namun begitu, ada segelintir yang berkata bahawa lebih baik duit tersebut digunakan sekiranya ibu bapa sedang mengalami kesulitan dari segi kewangan, daripada ibu bapa perlu meminjam duit orang lain untuk membeli keperluan anak-anak.

Sumber: Tiktok @princessyaya373

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *