Sejak minggu lalu, tular di media sosial seorang influencer mengamuk apabila diberi duit palsu oleh seorang founder produk.
Momen pergaduhan tersebut dikongsikan influencer itu di akaun TikTok miliknya sehingga mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen.
Walau bagaimanapun, menerusi beberapa posting influencer tersebut di TikTok, dia telah menjelaskan contoh duit palsu yang diterima.
Kebanyakan mereka menuduh bahawa kejadian tersebut hanya satu strategi pemasaran kerana sudah mengenali kerenah kedua-duanya yang sering membuat konten marketing.
Dulu orang takut kena fitnah, sekarang fitnah diri sendiri
Lepas ni dia cakap apa2 malas nak percaya
Bila akhir zaman fitnah dicipta sendiri
Dan menjawab persoalan netizen mengapa tidak membuat laporan polis terlebih dahulu sebelum menyerang founder produk berkenaan.
Namun begitu, tekaan netizen tepat kerana apa yang mereka lakukan sebelum ini memang marketing sahaja selepas satu potongan video ketika influencer itu sedang membuat live di media sosial tular apabila dia mengakui ia sudah dirancang.
Menerusi TikTok @dayahae_, influencer yang menggunakan nama Puteri Sari itu memaklumkan ada masalah lain selepas video mereka mendapat perhatian tempoh hari.
Menurutnya, pada awal ‘drama’ mereka semuanya dalam keadaan baik dan mereka juga sepakat hal tersebut akan berlangsung selama tiga hari sahaja memandangkan dia mempunyai banyak lagi kerja yang harus diselesaikan.
Namun, pihak founder produk itu dilihat seakan sengaja membiarkan masalah tersebut berlarutan dan menggangu perjalanan kerjanya.
Walau bagaimanapun, video tersebut hanyalah potongan daripada live yang dibuat dan cerita asal tentang kejadian itu tidak dijelaskan dengan tepat.
Susulan daripada itu, ramai yang mengakui sudah menyedari marketing sampah yang dibuat oleh mereka sedari awal lagi.
Mana tidaknya, banyak kejanggalan dilihat menerusi video yang dikongsikan di TikTok lebih-lebih lagi momen pergaduhan yang nampak sangat palsu.
Boleh Dipenjara Sehingga 20 Tahun
Sebenarnya, ni bukan kali pertama kita dengar kes duit palsu ni dan antara kes terbaru, bila polis baru-baru ni menahan dua orang beradik di Kemaman, Terengganu sebab mencetak duit palsu RM100.
Pada awal tahun ni pula, ada seorang bakal pengantin ni sanggup cetak duit palsu, sebab terdesak nakkan duit.
Disebabkan kes macam ni selalu je jadi, nampaknya ia juga menimbulkan tanda tanya kepada kita semua. Dan mungkin antara soalan yang muncul dalam pemikiran kita…
Boleh ke kita cetak duit macam tu je?
Peniaga di Kemaman yang jadi mangsa terima duit palsu. Imej dari Kosmo
Jawapannya – TAK BOLEH.
Sebabnya, berdasarkan Akta Bank Negara 1958 (dipinda 2009) dah dinyatakan dengan jelas yang – tak ada sesiapapun dibenarkan mencetak atau menghasilkan semula duit Malaysia tanpa kebenaran Bank Negara Malaysia (BNM).
Kes duit palsu ni bukanlah jenayah ringan dan hukumannya dah diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan, dari memalsukan, memiliki, sampailah menggunakannya.
Sebagai contoh, Seksyen 489A, Kanun Keseksaan dah memperuntukan hukuman penjara sampai 20 tahun dan denda kalau korang terlibat dalam aktiviti memalsukan duit.
Sumber: TikTok @dayahae_