Semasa

Abang Ajak Mak Pergi Bercuti ke Luar Negara Tapi Mak Taknak, Puncanya Buat Ramai Terpaku

Hii min, tolong hide fb adik aku, aku bercerita dengan adik aku, dia takmau dengar.

Dia suruh aku bercerita dalam krt. aku dengan fb dia sebab aku tak ada fb.

Cerita aku tentang abang aku, aku umur 33 tahun dah 12 tahun kawen suami aku kerja kilang gaji 1500 sebulan.

Anak kami 4 orang.11,9,7 dan 2 tahun. abang aku baru ja dalam 2 tahun berkawen. belum ada anak.

Masalahnya baru ni bulan 12 abang datang rumah nak ajak mak kami pergi bercuti dekat luar negara tapi mak tak mau.

Sebabnya jauh sudah mak aku tak mau aku suruh abang bawa anak2 aku ikut mereka bercuti, abang aku tak mau bawa anak2 aku min sedih aku.

Masa nak buka sekolah baru ni aku minta 3k kat abang, untuk belanja yuran anak2. dia bagi hanya 2k.

Aku geram aku rasa istri dia dah hasut supaya jangan tolong kami, dekat mak boleh pula dia bagi 2k sebulan.

Gaji suami aku 1500 tolak bayar bulan kereta 500 tinggal 1k ja. minyak keta lagi. memang tak cukup min.

Nasib duk rumah mak. Tak perlu bayar sewa kalau tdak apa kami makan tak tau.

Istri abang dah tak keja. langsung takbantu abang aku.1thn 2-3 kali brcuti boleh pula. Tolong aku hanya 2k, aku minta untuk anak2 bukan untuk aku. k.ipar aku muda pada aku.

Belum ada anak aku pun hairan kenapa dia tak mau keja, dulu keja tak ada sebab pergi berhenti. memang aku geram dengan abang aku tak bertanggung jawab kat adik2.

Gaji mahal tapi kedekut. Suami aku pernah tanya abang aku tentang duit 1k bulan2 yang dia kasi tapi sekarang tak kasih dah tu. abang jawab cuba berdiri di kaki sendri.

Tak patut dia jawab macamtu. sekarang tunggu sampai mana hidup kami orang buat macsm gini..

Kalau korang duk tempat aku. korang rsa apa? Sampai tahap nak hasut je abang aku supaya bercerai dengan isteri dia.

Sumber KRT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *