Semasa

Gagal Mengawal Kereta Dgn Baik, Wanita Muda Terlanggar Atuk 72 Tahun Berbasikal Sehingga Maut

Seorang lelaki warga emas yang berbasikal di Jalan Temiang-Pantai, Negeri Sembilan dilaporkan maut selepas dilanggar oleh kereta jenis Perodua Axia dalam satu kejadian pukul 8:30 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Fazley Ab. Rahman, kejadian tersebut melibatkan seorang wanita berusia 26 tahun yang memandu kereta itu seorang diri dari Jalan Pantai menghala ke Kajang.

“Pemandu kereta bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya, lapor media berita UTUSAN.

Difahamkan, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan setakat ini.

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)

بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,

Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman….

Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

Sumber: UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *