Sekadar gambar hiasan
Gara-gara berang dengan tindakan si isteri yang menuntut cerai, seorang lelaki tergamak menjerut leher isterinya menggunakan seutas tali pada 1 Mei lalu.
Sekadar gambar hiasan
Suspek kemudian menghentikan perbuatannya dengan berpura-pura tidak sedarkan diri seperti dia dirasuk.
Suspek kononnya mahu mangsa beranggapan bahawa dia bertindak sedemikian dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Akibat perbuatan itu, mangsa mengalami kesan lebam di kelopak mata kiri dan kanan serta lebam di bahagian lutut kiri.
Susulan daripada laporan yang diterima, pihak polis mula menjalankan siasatan lanjut.
Suspek yang telah melarikan diri ke sebuah hotel di Bandaraya Tasikmalay akhirnya berjaya diberkas pihak polis pada 1 Jun lalu.
Menurut sumber, motif suspek adalah untuk mendera mangsa yang juga isterinya kerana tidak menerima permintaan mangsa untuk diceraikan.
Sementara itu, mangsa berkata, dia meminta cerai daripada suaminya kerana tidak tahan dengan perangai suspek yang cemburu buta.
Sumber: Tribunnews