Pelakon filem Mukhsin, Yana Alyahya mengundang kritikan di laman sosial selepas menyelar tindakan netizen yang menegur ke arah kebaikan.
Menerusi laman TikTok, Yana menyatakan dia terlihat komen warganet yang menegur perihal aurat seorang pelakon.
Timbul rasa kurang senang, aktres berumur 27 tahun ini mengeluarkan kata kesat dengan melabel individu terbabit ‘bangang.’
Rakaman Video ada di Bawah Sekali
Namun tindakkan Yana itu akhirnya menerima padah apabila netizen mula sekolahkan dia.
“Bukan tegur dia pun, tiba² koyak. Sendu la tu..”
“Okay so tadi saya nampak ada seorang lelaki komen dekat perempuan which is pelakon punya section. ‘Lama-lama dah tak ada aurat ke?’
‘Aku macam eh kau! Pergi la follow ustazah.. follow pelakon buat apa! Bangang!’
Menerusi perkongsian itu, Yana turut menulis kapsyen yang berbunyi; ‘Nak tegur boleh, tapi cerminkan diri sendiri dulu la ya?’
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna kecewa dengan respon adik bongsu kepada Sharifah Aleya, Sharifah Amani dan Sharifah Aleysha.
Netizen menegaskan menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim termasuklah pada ustazah dan pelakon.
Jangan folo pic.twitter.com/Y9Pks8rGyf
— Kucing Meow (@ViralMalaysia7) June 6, 2022
Sebelum ini, Yana pernah membintangi filem Mukhsin yang diarahkan oleh Yasmin Ahmad pada tahun 2006. Filem itu turut dibintangi oleh Syafie Naswip dan Adibah Noor.
Sumber: TikTok yanaalyahya