Semasa

Tak Puas Hati Kena Ceramah, Ifa Raziah Sound Setepek Netizen Mulut Lancang “Bukan laki kau..”

HANYA gurauan… Itu reaksi penyanyi Ifa Raziah terhadap video tepuk punggung bersama rakan usahawan yang tular hingga menerima kecaman netizen.

Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha menganggap aksi yang dilakukan itu adalah perkara biasa setiap kali mereka berjumpa.

“Kami tidak buat perkara yang melampau. Bukannya saya berbogel atau selak kain sehingga nampak bahagian yang tidak sepatutnya.

ifa raziah 2

“Aksi itu juga dirakam atas persetujuan bersama.

“Setiap orang yang menonton video tersebut ada pandangan mereka sendiri. Saya tidak boleh halang apa yang mereka mahu katakan,” ujarnya.

Sementara itu, Ifa juga menolak kononnya perbuatan tersebut sebagai sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah kaum wanita.

Dia juga tidak membaca sebarang komen kecaman yang boleh menjejaskan emosinya.

ifa 3

PU Amin (kiri) turut menegur perbuatan Ifa memalukan.

“Rasanya ada juga wanita lain yang buat aksi sama seperti mana kami lakukan. Apa salahnya video tersebut?

“Bukannya suami awak yang tepuk punggung saya. Perbuatan itu dilakukan sesama wanita.

“Terima kasih kerana viralkan video tersebut. Saya tidak membaca sebarang komen kecaman di media sosial kerana malas nak layan,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *