Semasa

“Jodoh ni bukan kerja kita..” Jarang Kongsi Foto Bersama, Akhirnya Noor Nabila Dedah Sesuatu

Gara-gara jarang berkongsi foto bersama suami di media sosial, netizen mendakwa rumah tangga Noor Nabila dikatakan bermasalah.

Menafikan dakwaan tersebut, Nabila berkata dia lebih selesa mengekalkan kehidupan peribadinya bersama suami, Engku Emran secara privasi serta mahu lebih berhati-hati.

“Saya tidak dapat lari daripada tempias kerana adik saya Neelofa, bekas suami saya, Sharnaaz Ahmad adalah artis. Begitu juga anak saya yang ada peminat tersendiri.

“Apa pun, saya hormat dengan pihak yang berminat untuk tahu. Namun, jika saya pilih untuk tidak berkongsi mungkin mereka pun kena hormat sekalilah kan,” katanya.

Memetik Harian Metro, Nabila berkata dia kini menikmati kehidupan yang diimpikan sebagai isteri serta seronok dengan kehidupannya sekarang.

“Alhamdulillah sudah hampir setahun kami melayari bahtera rumah tangga, namun saya akui perjalanan ini masih panjang.

“Cuma saya harap orang luar dapat doakan yang terbaik untuk kebahagiaan kami sekeluarga. Saya bersyukur dipertemukan suami yang sangat positif serta penyayang.

“Saya seronok dengan kehidupan sekarang. Selain melayan keletah Jebat Jayden, saya juga sangat menyayangi Aleesya yang sudah saya anggap seperti anak sendiri,” katanya.

Berkongsi mengenai sambutan Hari Raya, Nabila berkata tahun ini sangat bermakna apabila dapat meraikan bersama keluarga dan saudara mara.

“Tahun ini saya memilih tema warna biru untuk pakaian pada satu Syawal lalu. Alhamdulillah kami dapat berkumpul pada hari yang cukup bermakna.

“Jayden juga sangat seronok apabila dapat duit raya daripada saudara-mara. Tambah pula, tahun ini kami dapat keluar menyambut hari raya,” katanya.

Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac tahun lalu.

Terdahulu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *