Pelakon, Adibah Noor disahkan meninggal dunia sekitar jam 8.15 minit malam tadi di Hospital Gleaneagles, Kuala Lumpur.
Berita sedih itu dikongsikan oleh rakan artis yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal iaitu Datin Emylia Rosnaida menerusi laman Instagramnya sebentar tadi.
Dalam perkongsian tersebut, doa dan kiriman bacaan al-Fatihah dititip supaya roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Dalam pada itu, pengurus kepada Adibah memberitahu arwah mengalami sesak nafas secara tiba-tiba sebelum meninggal dunia.
Menurut pengurusnya yang dikenali sebagai Todd, Allahyarham sudah lama menghidap kanser, namun perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan umum.
“Arwah tiba-tiba sesak nafas dan meninggal di hospital… dia memang dah beberapa hari dirawat di hospital.
“Arwah memang ada sakit kanser, tapi tak boleh nak kongsi lebih lanjut. Buat masa ini jenazah masih di hospital dan akan dibawa ke rumahnya di Keramat,” katanya ketika dihubungi mStar.
Menerusi laporan mStar pada 9 April lalu, Adibah meluahkan rasa syukur apabila dapat membayar hutangnya menggunakan hasil wang kemenangan di program Gegar Vaganza 8 (GV8).
Menurut penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu, biarpun dalam nilai yang sedikit, namun sekurang-kurangnya dia berusaha untuk tunaikan hajatnya itu sekaligus meringankan beban sendiri.
Meskipun enggan mengulas lanjut mengenai punca kematian selebriti itu, salah seorang bekas wartawan Melodi, Zuan Azmi menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan arwah meninggal akibat menderita penyakit kanser ovari tahap empat.
Apa-apapun salam takziah buat keluarga allahyarhamah dan al-Fatihah buat Adibah Noor Mohd Omar.
Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين
Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..
Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..
Sumber: Instagram @emyliadac, Facebook Zuan Azmi