Semasa

“Isteri saya setuju..” Hisyam Hamid Lebih Suka Scha Elinnea Panggil Dia Baby Supaya Serasi

Drama Kerana Aku Isteri Bidaan yang sedang rancak ditayangkan bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi.

Drama yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat di TV3 itu telah menggandingkan dua pelakon berbakat iaitu Hisyam Hamid dan Scha Elinnea yang terlihat sangat serasi setiap episod.

Menceritakan ‘chemistry’ yang dibina sepanjang pengambaran drama adaptasi novel itu, Hisyam memaklumkan yang dia meminta Scha untuk memanggilnya dengan panggilan ‘b’ atau ‘baby’ sewaktu di set pengambaran.

Dia yang ditemui ketika Fiesta TV3 di Seri Pentas Bandar Utama juga menjelaskan tentang beberapa babak mesra bersama Scha di dalam drama Kerana Aku isteri Bidaan itu.

Menurutnya, sebagai pelakon dia hanya akan melakukan babak yang dirasakan selesa dan tidak akan membuat adegan yang keterlaluan.

Dia juga sedar batas-batas yang perlu dijaga dan akan melakukan babak yang dilihat sesuai sahaja dalam drama yang dilakonkan.

“Sebagai pelakon, ada babak yang kita rasa okay, kita buat la. Tapi kalau babak yang keterlaluan itu sudah tentu saya tidak akan lakukan.

“Bergantung juga kepada pengarah yang mana babak sesuai atau tidak. Sebab saya tahu, babak mesra itu sensitif, mungkin ada penonton suka dan benci.

“Saya akan lakonkan babak ikut kesesuaian. Macam mana pun, tetap ada juga batasan, tak boleh keterlaluan,” ujarnya.

Terdahulu, babak Hisyam Hamid mendukung Scha Elinnea telah tular di media sosial dan ada diantara netizen kurang senang dengan perkara itu.

Walau bagaimanapun, adegan tersebut merupakan lakonan dalam drama Kerana Aku Isteri Bidaan dan dilakukan atas tuntutan kerja sahaja.

Sumber: Mstar (Nur Asyikin Mayudin), TikTok @aaboutdramaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *