Semasa

Sudah Berkahwin dan Ada 7 Teman Lelaki, Wanita Persenda lsIam Akhirnya Mengaku Sudah Tolak..

PELAWAK wanita yang mencipta kontroversi dengan menanggalkan baju kurung dan tudung sewaktu melakukan persembahan komediri (stand up comedy) baru-baru ini, tampil dengan satu lagi video baharu yang dimuat naik di laman sosial.

Seperti tidak terkesan dengan kecaman ramai, wanita bernama Siti Amira Natasya Abdullah muncul dalam video secara solo dan menceritakan mengenai latar belakang dirinya.

“Ramai yang mesej minta share sedikit diri pasal saya,” katanya pada permulaan video berkenaan.

amy 2

amy 1

Siti Amira dikecam hebat kerana mempersendakan agama Islam sewaktu membuat persembahan komediri, baru-baru ini.

“Semasa berumur lima ke enam tahun, saya dah kena pakai tudung, tutup aurat, pakai stoking. Tapi masa umur 20 tahun, saya officially mula tanggal tudung. Saya tak pakai tudung dah.

“Masa tingkatan satu, dua dan tiga, saya dihantar ke sekolah agama, sekolah tahfiz dan saya telah menghafal 15 juzuk Al-Quran.

“Habis saja tahfiz iaitu tingkatan empat dan lima, saya ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Habis SPM, saya masuk tingkatan enam… ambil (subjek) perniagaan,” ujarnya sambil menambah, dia kemudian meneruskan pengajian di sebuah universiti di Pulau Pinang.

“Sekarang saya masih bekerja sepenuh masa, dan dalam masa yang sama belajar bidang undang-undang secara part-time.

“Selain ini itu saya sedang berjinak-jinak menjadi seorang comedian. Anda boleh tunjukkan sokongan kepada saya, sila kongsi video,” ujarnya sebelum mengakhiri video tersebut.

Sehingga kini video yang dimuat naik di akaun TikTok Siti Amira Natasya itu meraih sehingga lebih 11,000 jumlah tontonan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil menyelar wanita berkenaan dengan ada yang mempersoalkan mengenai penerimaan serta reaksi keluarganya selepas penularan video berkenaan.

“Betapa remuknya hati ibu dan ayah awak.

“Ibu ayah dan famili yang lain tak kisah ke buka tudung? Apa reaksi mereka.

“Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa,” demikian antara komen netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Selain video berkenaan, wanita tersebut kemudian memuat naik video berasingan namun kali ini penampilannya sedikit berbeza apabila mengenakan hijab.

Menerusi video terbaharu itu, dia berkongsi pengalamannya ‘berdating’ dengan lelaki yang dikenali menerusi ‘dating apps’.

komen amy

Antara komen netizen di TikTok.

Pada Sabtu, tular video memaparkan Siti Amira mempersendakan Islam ketika membuat persembahan komediri di sebuah kelab di Kuala Lumpur.

Wanita itu pada mulanya tampil mengenakan pakaian sopan dan mengakui pernah menghafal ayat al-Quran sebanyak 15 juzuk.

Namun kemudian dia mula menanggalkan pakaiannya dan memperlihatkan pakaian seksi yang dipakai di bahagian dalam.

Susulan itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memaklumkan sedang menyiasat video berkenaan dan tidak akan berkompromi dengan perbuatan mempersendakana agama Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *