Seorang pelajar sekolah menengah di Jawa Tengah, Indonesia yang dilaporkan hilang sejak awal Mei lalu akhirnya ditemui semula oleh keluarganya di sebuah rumah kosong.
RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI
Memetik laporan Regional Kompas, remaja berkenaan yang berusia 15 tahun itu bertindak sedemikian kerana bimbang rahsia mengenai kehamilannya terbongkar.
Ketika itu, remaja terbabit dipercayai keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarganya. Menurut laporan, remaja itu juga mengaku pernah berjumpa dengan seorang lelaki dikenali sebagai PH.
Setelah berbulan-bulan hilang, mangsa akhirnya ditemui oleh keluarganya di sebuah rumah kosong pada 31 Julai dalam keadaan yang sangat lemah dan tidak terurus.
Remaja terbabit kemudian dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan hasil pemeriksaan mendapati, mangsa kini hamil sekitar tiga hingga empat bulan.
Hasil siasatan awal mendapati, remaja terbabit disyaki telah dikurung dan menjadi hamba s3ks serta dirogoI berkali-kali. Difahamkan, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.
Sumber: Regional Kompas