Semasa

Nur Elyana yg Dilaporkan Hilang di Kulai, Rupanya Dibawa Lari ke Kelantan, Keadaan Sgt Menyedihkan

Johor Bahru: Remaja autistik yang hilang selepas keluar dari rumah keluarga di Bandar Putra, Kulai, sejak Sabtu lalu ditemukan di Tanah Merah, Kelantan, petang kelmarin.

Bapa tirinya, Mohd Azmi Abdullah, 40, berkata Nur Elyana Adryna Abdul Rahim, 16, ditemukan dengan selamat, namun sedikit kurus dan masih trauma.

“Polis ada memaklumkan individu yang bertindak membawa kakak dari Johor hingga ke Kelantan sudah ditangkap dan siasatan sedang dilakukan. Namun polis tidak memberi sebarang maklumat lanjut,” katanya.

Terdahulu, Nur Elyana keluar sendirian tanpa membawa dokumen pengenalan diri ketika dia terlelap, manakala isterinya keluar bekerja.

Menurut Mohd Azmi, anak kedua dari tiga beradik itu tidak mempunyai kawan kerana sifatnya yang pendiam.

“Dia pernah hilang setahun lalu, tetapi dalam tempoh waktu sekejap sahaja dan pulang semula sebelum waktu malam.

“Apa yang membimbangkan kami adalah pada malam hari dia tidak pulang, saya dapat satu pesanan melalui WhatApp dari nombor yang tidak dikenali menyatakan jangan mencari kakak (Nur Elyana) lagi.

“Saya buat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai berhubung kehilangan Nur Elyana dan pesanan melalui WhatApp yang diterima itu.

“Saya risau kerana kakak keluar tidak membawa apa-apa termasuk telefon bimbit, saya sudah ajar kakak supaya mengingati nombor telefon saya dan ibunya jika berlaku apa-apa kepadanya,”

Katanya yang turut menerima panggilan dari orang tidak dikenali memaklumkan perkara buruk terjadi terhadap anaknya.

Katanya, dia dan isteri turut menghubungi dan mencari Nur Elyana di rumah ahli keluarga terdekat bagaimanapun mereka juga tidak tahu di mana gadis itu berada.

HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *