Semasa

Sanggup Terbang Sejauh 29 Jam, Rupanya Ini yg Mimi Fly Lakukan di Kampung Pakwe Dia di AS

Umum mengetahui bahawa penyanyi, Mimi Fly sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang doktor pakar tulang belakang dikenali sebagai Antonio Rozier yang berasal dari Afrika.

Terbaru, pemilik nama Shamimi Amalina Norhisham itu ‘terbang’ ke kampung halaman kekasihnya yang terletak di Dallas, Texas, Amerika Syarikat (AS) dipercayai sejak awal Ogos lalu.

Menerusi laman Instagram, penyanyi berusia 36 tahun itu ada memuat naik beberapa posting termasuk bersama Antonio untuk tatapan pengikutnya.

“9692 miles equals to 15598 kilometers equals to 27-29hours by plane… in conclusion, ADVENTURE. It’s Aquarius and Sagittarius thing,” tulisnya.

Melihat pada ruangan komen, ramai netizen yang ternyata terkejut lihat perbuatan Mimi Fly yang sanggup terbang sejauh itu.

Difahamkan, bekas anggota kumpulan One Nation Emcees itu juga sempat meneroka beberapa lokasi menarik di sekitar Texas menerusi perkongsian foto dirinya sejak 10 Ogos lalu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat kebahagiaan Mimi selain memuji penampilannya yang dilihat ‘hot’ dengan rambut berwarna rona ungu.

Malah, terdapat juga segelintir individu menggelarkan Mimi seperti penyanyi popular global iaitu Rihanna.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mimifly (@mimiflyyy)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mimifly (@mimiflyyy)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mimifly (@mimiflyyy)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mimifly (@mimiflyyy)

Menurut laporan media sebelum ini, pasangan itu mula berkenalan sejak tiga tahun lalu sekali gus menjalin hubungan cinta jarak jauh.

Sumber: Instagram Mimi Fly

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *