Semasa

Seorang Gadis 15 Thn Bagi Alasan Melucukan Apabila Ditangkap KhaIwat Bersama Tiga Lelaki

Gadis Kedah ditangkap khalwat bersama 3 lelaki, siap jumpa kondom.

Seorang remaja perempuan dicekup bersama tiga rakan lelaki dalam serbuan dilakukan di sebuah bilik motel di Padang Temusu dekat sini awal pagi Selasa.

Jelasnya, operasi diketuai Pegawai Penguat kuasa Agama Daerah Kuala Muda Zaiferi Zainul Abidin telah menahan 10 individu berusia antara 15 hingga 60 tahun.

Individu yang ditahan dibawa ke Balai Polis Sungai Petani bagi laporan tangkapan seterusnya meminta waris hadir untuk tindakan lanjut.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 iaitu khalwat.

Ia memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Kami meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat aktiviti mencurigakan atau maksiat, boleh hubungi imam kariah atau terus ke pejabat agama bagi membanteras perbuatan itu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *