Semasa

Remaja Berkenaan Dtg Berjumpa Dgn Ibu Mngsa, Berkali² Mohon Ampun Beritahu Rupanya Selama ini Mereka Tiada Masalah

Kuala Selangor: “Saya mungkin boleh maafkan mereka, tetapi akan mengambil sedikit masa sebab kejadian ini baru terjadi,” kata Hizanawati Abu Bakar, 48.

Kejadian kelmarin bermula apabila dua rakan mangsa bermain api di hadapan pintu tandas berkenaan sebelum api tidak terkawal.

Mangsa dikatakan tertidur di atas sofa, namun terjaga ketika kejadian tetapi baring semula.

Kata Hizanawati, jenazah Muhammad Damin yang juga anak kelima daripada enam beradik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam, kira-kira 6 petang semalam.

Pada masa sama, dia berkata, seorang daripada dua remaja terbabit datang berjumpa dengannya dan berkali-kali memohon maaf sambil menangis serta mencium tangannya.

“Dia datang kepada saya memberitahu, ‘Makcik, saya minta maaf.’ Saya hanya jawab, ‘Boleh makcik maafkan, tetapi ia akan mengambil masa.’

“Si pelaku juga siap menawarkan diri untuk membantu kami sekeluarga,” katanya.

Hizanawati berkata, dia mengakui terkejut selepas berita pemergian Muhammad Damin tular di laman sosial selain ramai rakan-rakannya terutama yang tinggal di Puncak Alam memberikan kata semangat kepadanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *