Semasa

Tiktoker Terkenal Buat Kejutan, Dengan Berhijab pun Boleh Tayang Otot Main Gym

Tular satu video TikTok memaparkan seorang wanita sedang melakukan senaman mengangkat dumbbell di gimnasium dengan penampilan memakai hijab.

Namun begitu, seorang pengguna laman Twitter @4rshrf mempersoalkan tindakan wanita itu memakai t-shirt tanpa ‘inner’ pada bahagian lengan yang menampakkan auratnya.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

“Yee, kau sorang je perempuan yang main gym terpaling bertudung. Brader belakang tu perhatikan je bod*h kau tu,” tulis @4rshrf.

Tak tegur kang rasa bersalah

Cari baju yang sesuai, jaga kehormatan

Saya bersangka baik, mungkin akak tak perasan…

Video pendek berdurasi enam saat itu memperlihatkan wanita tersebut duduk mengangkat dumbbell sehingga kelihatan otot-otot ‘biceps’ dimilikinya.

Menerusi tinjauan di akaun TikTok, wanita itu dilihat sudah menutup ruangan komen daripada menerima sebarang reaksi netizen berhubung penampilan ‘pelik’ berkenaan.

Bagaimanapun, segelintir netizen gigih meninggalkan komen pada sebuah video lain dengan menegur wanita terbabit mengapa dia tampil berhijab tetapi mendedahkan bahagian tertentu?

Menurut netizen, terdapat pakaian sukan muslimah dijual seperti ‘inner’ baju dan sebagainya sekali gus tidak menghalang golongan berhijab untuk aktif bersukan.

Dah elok menutup kepala tapi dalam masa sama, bertindak mendedahkan bahagian lain. Pening juga, apa motifnya? Semoga wanita itu berubah untuk menutup aurat dengan sempurna.

Sumber: Twitter @4rshrf , TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *