Semasa

Dibawa Jumpa Pakar Psikiatri, Akhirnya Hasil Laporan Balqis dan Ibunya ini Telah Mengejutkan Ramai

Ibu Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd. Aziz tampil mendedahkan pengalaman pahit yang dialaminya selama 15 tahun sejak bergelar isteri.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Menerusi perkongsian di Instagram Morosechild, Norashikin mengakui terkilan dengan sikap segelintir individu yang mendakwa tindakan dia dan anaknya seakan mengaibkan keluarga sendiri.

Malah mereka juga sering dihina, dituduh menipu dan menjaja cerita kononnya mereka hidup susah semata-mata mahu meraih simpati ramai.

Tidak terhenti di situ, Norashikin mendedahkan suaminya didakwa pernah mencuri telefon bimbit yang ditinggalkan individu di atas meja.

Malah pada suatu ketika, dirinya yang sedang hamil terpaksa tidur di dalam kereta kerana melarikan diri daripada Ahlong (wang yang dipinjam suami).

Ketika di Sungai Wang, dia memaksa saya tidur di dalam satu bilik yang penuh dengan lelaki sedang menghisap “ice’ sehingga saya muntah teruk kerana kesan asap ‘ice’ yang terlalu banyak dan saya sentiasa dalam ketakutan tidak tahu ke mana arah apabila melihat salah seorang dari mereka sedang, ‘high’ sedang masturbate.

Tidak ada tempat untuk saya mengadu waktu itu dia bangga ‘battle’ mabuk bersama kawan-kawannya yang lain.

Lebih mengejutkan, dia turut mendakwa dipaksa melakukan aksi tidak senonoh di dalam kereta sedangkan pada ketika itu, anak perempuan mereka berada di bahagian tempat duduk belakang.

Kami jijik. It was a nightmare for us. Terlalu banyak yang dipendam oleh anak saya. Bila kena pada anak netizen, kita kena fight!” Bila kena pada seorang pelakon, ‘Oh dia cuma belakon..”

Adakah saya mangsa? Adakah anak saya mangsa? Tidak. Kenapa tak buat report? Kenapa nak takut sangat? Pada setiap yang saya jelaskan dan tidak lagi saya jelaskan, dia tidak pernah ditangkap atau tertangkap, kerana dia punya kroni yang terlalu ramai.

Terdahulu, pelakon remaja berusia 15 tahun itu mendedahkan perbuatan tidak senonoh bapa kandungnya ketika menjadi tetamu dalam sebuah saluran Youtube.

Nama pelakon Puteri Balqis masih menjadi topik panas dalam kalangan pengguna media sosial selepas mendakwa ayah kandungnya melakukan gangguan seksual ketika ditemubual oleh ‘Bros Gang TV’.

Memetik laporan dari Boom!, Puteri Balqis, 15, dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz telah dibawa berjumpa dengan pakar psikiatri di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, pada Rabu.

Menurut sumber, aktres berumur 15 tahun itu dan ibunya dikehendaki bermalam di wad hospital berkenaan.

Selepas laporan polis dibuat atas nasihat peguam Aqish (Puteri Balqis) dan ibunya dibawa ke hospital untuk berjumpa pakar psikiatri.

Tujuannya adalah untuk membuktikan apa yang dikatakan oleh Aqish itu benar dan penderaan mental yang dialaminya juga benar-benar berlaku.

Kita pun tidak mahu orang menuduh dia meraih simpati atau mereka-reka cerita. Jadi, dia ke hospital bersama dengan polis.

Hasil laporan perubatan daripada pakar psikiatri, Puteri Balqis dan ibunya disahkan menghadapi gangguan stres pascatrauma atau Post-traumatic stress disorder (PTSD).

Pada Isnin, Puteri Balqis membuat laporan pada jam 10.25 malam susulan dakwaan bapanya gemar menonton filem lucah, malah pernah melakukan perbuatan onani di hadapannya.

Sebelum ini, media melaporkan, bapa kepada Puteri Balqis membuat laporan di Balai Bandar Baharu, Kedah pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan bapa Puteri Balqis sudah ditahan pada Rabu dan direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Sumber: Boom!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *