Semasa

Berang Tiada Minyak Mahal Nak Isi Lamborghini di Langkawi, Tindakkan Usahawan Popular ini Terima Padah

Jika sebelum ini, tular seorang usahawan kosmetik dari Kelantan yang mengidam mahu menaiki sebuah kereta mewah berjenama Lamborghini, kini Ayunie dan rakannya, Cikna dilihat santai bercuti di sebuah pusat peranginan iaitu Pulau Langkawi.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Dalam pada itu, mereka turut berkongsi memori percutian sewaktu membawa kereta mewah tersebut di sekitar pulau berkenaan.

Menerusi video dimuat naik, Cikna meluahkan kekecewaan kerana tidak dapat mengisi minyak ‘mahal’ sewaktu berada di sana.

Malah, dia turut mempersoalkan orang Langkawi tidak mengisi minyak mahal memandangkan hanya ada minyak RON95 sahaja disana.

Cikna berkata, dia sudah mencari di merata-rata tempat stesen minyak di sana, namun tidak ada satu pun yang menawarkan minyak yang bersesuaian dengan kereta Lamborghini miliknya.

“Cikna tengah geram tau tak? Cikna kat Langkawi ni tak ada minyak mahal. Yang ada cuma minyak 95 sahaja. Banyak dah stesen minyak Cikna pergi, tapi tak ada.”

“Kereta Cikna ni kan dia macam berlagak sikit. Dia tak minum minyak murah-murah ni. Dia minum minyak 97, 916, 999 kemudian 100. Tapi, kat Langkawi tak ada. Memang orang Langkawi tak isi minyak mahal ke?”katanya.

Perkongsian itu menerima perlian daripada warganet dengan mengatakan usahawan tersebut kelihatan riak dengan apa yang dimilikinya.

Melihat di laman Insta Story milik usahawan tersebut, Cikna atau dikenali Farhana Zahra memberitahu dirinya tidak faham punca ramai mengecam perbuatannya itu sedangkan dia hanya bertanya soalan mengenai stesen minyak.

Tonton Video Penuh : SILA KLIK DI SINI

Sumber OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *