Semasa

Sengaja Singgah Minum, Pelanggan Sebak Lihat Keadaan Terkini Akak Air Buah yg Menyedihkan

Baru-baru ini, seorang pelayan wanita di sebuah restoran menjadi perbualan ramai selepas pihak berkuasa agama mengambil tindakan akibat berkelakuan dan berpakaian tidak senonoh.

Walaupun mengundang kritikan hebat netizen, kehadiran pelanggan ke restoran tersebut tidak terjejas sebaliknya terus dikunjungi orang ramai pada setiap masa.

Terbaru, seorang pelanggan @raranajwa02 memuat naik video di aplikasi TikTok ketika menikmati makanan di restoran yang terletak di Setiu, Terengganu itu.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Pelbagai soalan diterima @raranajwa02, antaranya berhubung khabar angin yang mengatakan kini pelayan di restoran berkenaan sudah ‘berjubah’ atau dalam kata lain, tiada lagi pemandangan seksi.

Menjawab soalan tersebut, dia berkongsi satu lagi video mendakwa pelayan wanita itu kini hanya bekerja di dapur berbanding melayan pesanan pelanggan seperti sebelum ini.

“Aka (pelayan wanita) dah jadi tukang masak di dapur, pelayan semua lelaki ☹️ #airbuahdflora #setiuterengganu,” tulisnya.

Mata tajam tengok orang rakam?

Terbang jugak senduk tu…

Kena berkat dalam cari rezeki

Ambil pengajaran, jangan terlalu mahu perhatian

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sejauh mana makluman tersebut namun berdasarkan video, pelayan wanita itu dilihat sememangnya sedang sibuk berada di dapur.

Meninjau di ruangan komen, rakaman pendek berdurasi lima saat itu pelbagai komen netizen seolah-olah terhibur apabila mengetahui pelayan wanita terbabit hanya bekerja di ‘belakang tabir’.

Memetik laporan media, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menahan wanita berusia berusia 30-an itu untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan bon jaminan.

Difahamkan, pihak JHEAT sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung insiden berkenaan selepas tular video dua lelaki dirakam memeluk pelayan wanita itu.

Tonton Video KLIK DI SINI

Sumber: TikTok @raranajwa02

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *