Semasa

Padam Semua Gambar Suami, Rupa-rupanya Ini Punca Kenapa Noor Nabila Merajuk “Waktu tu sy tgh geram..”

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai rumah tangga kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila didakwa bermasalah apabila memadam gambar bersama suaminya, Engku Emran di Instagram.

Dalam pada itu, Nabila mengakui dia sedar bahawa kesan di atas tindakannya itu akan menjadi bualan ramai, namun ketika itu dia terlalu geram.

“Sebenarnya saya tahu implikasi itu. Macam Lofa dan keluarga bila dia menjadi perhatian, tempiasnya pun tetap kena pada saya juga.

Saya sepatutnya berhati-hati. Tapi kita manusia, perempuan dan berjiwa lembut.

“Saya tak terkejut, tapi dapat rasa perkara ini dapat perhatian.

Tapi sebab masa tu geram, jadi tak fikir. Kadang bila orang orang menilai, kita abaikan saja. Kita tak boleh puaskan hati semua orang,” katanya.

Terdahulu hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Noor Nabila apabila usahawan itu memadam semua gambar bersama suami, Engku Emran di Instagram.

Lebih kecoh apabila tular di media sosial apabila beberapa media Indonesia melaporkan pasangan itu dikhabarkan sudah bercerai.

Perkongsian Nabila di aplikasi TikTok juga menjadi perhatian apabila memuat naik video gelagat anak sulung lelakinya, Jebat Jayden ketika mereka mendirikan solat jemaah bersama.

Tutur kelihatan, Engku Emran dalam video tersebut sekaligus membuktikan pasangan itu masih sebumbung serta keadaan rumah tangga Nabila masih dalam keadan baik-baik sahaja.

Diruangan komen, ada netizen mengatakan jika seseorang itu tidak memuat naik gambar dengan pasangan tidak bermakna mereka tidak lagi bersama.

“Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk pasangan ini.”

RK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *