Semasa

Sempat Update Status ‘Ngantuk’, Nur Natrah MeninggaI Dunia Terlibat KemaIangan Audi Bertembung Lori Sawit

Wanita maut kereta bertembung lori
Seorang wanita maut selepas kenderaan jenis Audi RS3 dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Selendang.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd. Azahari Mukhtar berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu mangsa, Nur Natrah Daharuddin,26, dalam perjalanan dari arah bandar Rompin ke Selendang.

“Apabila sampai di tempat kejadian kereta dipandu mangsa terbabas dan memasuki lorong bertentangan seterusnya melanggar lori yang datang dari arah hadapan.

“Akibat kejadian mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori mengalami luka di kepala,”katanya.

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Rompin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi jalan lurus dan permukaan jalan adalah rata dan kering serta cuaca baik semasa kejadian.

Semoga keluarga tabah hadapi dugaan. Al fatihah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *