Semasa

Tidak Mahu Terus Terpalit, Akhirnya Bapa Mentua Dedahkan Sesuatu yang Mengejutkan “Tahu dia juaI rokok je..”

Warga emas berusia 70 tahun yang juga bapa mertua kepada suami ejen kosmetik yang dicuIik memaklumkan hanya mengetahui bahawa menantunya itu pernah menjual rokok seludup dan tidak pula tahu terlibat dengan daadah.

Diseret Dari Rumah Dan DicuIik Oleh 3 Lelaki, Usahawan Terkenal ini Dikatakan Telah Dibawa ke Negara Jiran

Saya rela mati demi anak dan ketika kejadian, saya diacu sebilah pisau oleh lelaki itu, namun masih cuba melawan sebelum terpaksa berundur apabila ditunjukkan pistol,” katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada ejen kosmetik tersebut yang kini menghidap penyakit buah pinggang tahap lima telah mengalami trauma susulan kejadian tersebut.

“Entah bagaimana nasib anak (perempuan) saya sekarang yang katanya sudah dibawa ke negara jiran, hidup atau mati kami tidak tahu, tapi jauh di sudut hati saya mengharapkan anak ditemukan dengan selamat,” katanya.

Buat masa ini, pihak polis sedang menjalankan siasatan dan beberapa penahanan telah dibuat termasuklah suami mangsa dan wanita berusia 35 hingga 47 tahun.

Difahamkan kejadian berkenaan ada kaitan dengan aktiviti penyeludupan daadah.

Dalam laporan dari Harian Metro, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun memaklumkan yang siasatan awal pihaknya mendapati suami kepada mangsa dipercayai terbabit dalam aktiviti penyeludupan dadah.

Susulan daripada itu, pihak polis sudahpun menahan tiga individu termasuk suami mangsa dan wanita semalam bagi membantu siasatan.

“Kita sudah memohon bantuan daripada pihak berkuasa Thailand bagi menyelamatkan mangsa berusia 36 tahun dan usaha ke arah itu giat dilakukan.

“Polis juga percaya mangsa mengetahui aktiviti yang dilakukan suaminya selain mengenali suspek yang melarikannya kelmarin,” katanya.

Terdahulu, seorang ejen kosmetik telah dilarikan dari rumahnya oleh sekumpulan lelaki bersenjata selepas menjawab salam dari mereka di pintu rumah.

Ketika itu, bapa mangsa dan anaknya berada di dalam rumah tidak dapat berbuat apa-apa kerana salah seorang daripada suspek mengacukan pisau ke arah warga emas terbabit.

Dari maklumat kenalan mereka, wanita terbabit dipercayai dibawa lari ke sempadan negara menggunakan bot.

Tonton Video:

“Peringatan aku nak cakap kepada faunder² jamu atau pengeluaran prodak mekap yang rajin buat video tunjuk kesenangan tu berhati² sbb ada mata yang melihat….

Manusia ni demi pitih macam² cara depa buat…semoga si pelaku tu terima akibat harap² yang kena culik tu dlm keadaan selamat hanya doa ja mampu allah maha melihat dan mengetahui” – Che Sa

“Bukan kes culik biaso2 ni. Mcm hok kito beso dengar budok2 keno culik. Tengok ko umur, pahtu di umoh pulok. Mesti ado kes dendam ko gapo ni.. Gapo2 pun tunggu siasatan polis.” – Ezra

“Mangsa tak boleh nak buat apa,kalau lawan balik dengan senjata,sesilap mangsa pulak yang salah.tu yang penjenayah makin berani sekarang ni.” – Spark

“Sebab tu org kaya la ni jangan dok tunjuk sangt kekayaan tu..ada org dengki/busuk hati tak pon cemburu..depa nok jugk kaya dengan cara mudah la tu..

Colek lepas tu ugut nok duit..tkut la nok pakai brg kemas besq la ni..umah pon tok brani nok bukak pintu ikut dan je..macam² kejadian jenayah yg kita dengr sekarang ni..” – Leza

Sumber: Harian Metro (Siti Rohana Idris), Kredit Foto Nik Abdullah Nik Omar, Facebook Kelantan State

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *