Semasa

Rupa²nya 3 Pelajar Lelaki yg Ditahan Gara² TanggaIkan Seluar Pelajar Perempuan Tgh Tidur di Asrama Bagi Alasan Lucu

ALOR SETAR: Tiga pelajar lelaki sebuah sekolah berasrama penuh di negeri ini, memberi alasan mahu mengambil barang ketika mereka ditahan warden selepas didapati berada di bilik asrama perempuan, awal pagi Khamis lalu.

Bagaimanapun, seorang pelajar perempuan yang curiga selepas mengetahui alasan diberikan mereka tidak logik selain geram kerana menjadi mangsa ketika tidur membuat satu laporan polis, semalam.

“Bimbang identiti mereka terbongkar sekiranya mangsa menjerit atau membuat kecoh, dua pelajar lelaki berkenaan terus berlari keluar dari bilik asrama itu.

“Namun, tindakan mereka melepaskan diri itu gagal apabila ditahan warden yang kebetulan melakukan rondaan di kawasan asrama terbabit,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati semua yang ditahan warden itu terdiri daripada tiga pelajar lelaki tingkatan dua dan mereka dikesan berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan asrama pelajar perempuan.

“Semua pelajar terbabit kemudian mendakwa yang mereka berada dalam bilik asrama perempuan ketika itu kerana mahu mengambil barang.

“Bagaimanapun, alasan diberikan tidak masuk akal dan pelajar perempuan yang mendakwa ditarik seluar ketika tidur oleh kumpulan pelajar lelaki itu tampil membuat laporan polis,” katanya.

Menurutnya, setakat ini polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit.

“Macam tak logik lak bagi alasan macam tu. Dah lah kena tangkap kat kawasan asrama perempuan..” – Izzul

“Nakal² budak² asrama dulu² ada limit.. mcm² dorang buat fly la apa la, tp tak pernah plak dengar kes masuk dlm bilik asrama perempuan.. ni tak padan dgn f2..” – Siti Zaliha

“Usia muda tapi dah berani mencabul. Kes berat ni. Jangan pandang ringan wahai ahli keluarga.” – Joe Gempar

“Tangkap pelajar tu semua buang sekolah hantar pada polis dan di dakwa hantar sekolah juvana supaya bagi penajaran pada yang lain” – Razali

Sumber BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *