Semasa

Dikatakan Akan Kembali dan Tetap Bersama Shuk, Mengejutkan Ini Hasil Perbincangan Mereka

Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera berkata dia dan suami masih dalam perbincang untuk mereka kembali bersama atau tidak.

Dilihat tampil kurus selepas kontroversi perkahwinanya sejak tahun lalu, Rossa berkata berat badannya susut 11 kilogram bukan disebabkan makan hati.

Memetik Harian Metro, isteri pelawak Shuk Sahar berkata beratnya dari 60 kilogram turun kepada 49 kilogram kerana dia ada lebih masa untuk diri sendiri.

“Saya bukan nak balas atau buktikan apa-apa sebab bila dah macam sekarang ini (penampilan), saya ada masa lebih untuk diri sendiri. Jadi saya tak ada masa nak fikir perkara negatif.

“Saya nak jaga berat badan sebab sebelum bersalin berat saya 50kg, jadi masa itu badan rasa ringan. Bila turunkan berat badan ini saya rasa lagi bertenaga. Saya turunkan berat badan ini bukanlah sebab makan hati. Kalau nak kata makan hati, perkara itu dah lama jadi mesti saya dah kurus dari dulu lagi,” katanya.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, penampilannya kini membuatkan dia rasa lebih yakin dan mahu menunjukkan buktikan bahawa dia boleh melakukannya namun bukan untuk membalas dendam.

“Senang saja nak turunkan berat badan sebab sebelum ini orang itu (Shuk Sahar) suka makan malam dan dia akan ajak saya sekali. Itu yang buatkan susah. Bila sekarang ini jadi mudah sebab saya pun tak makan banyak.

“Saya buat ini juga untuk memberi semula keyakinan kepada diri tapi ia bukanlah untuk membalas dendam. Tipulah kalau saya cakap nak kurus ini bukan disebabkan apa yang terjadi sebelum ini, tapi saya juga nak tunjukkan apabila dia dah tak ada saya boleh sebenarnya untuk buat semua ini,” katanya.

Dalam pada itu, Sera berkata dia tidak ambil hati dengan komen netizen yagn mengatakan baru sekarang dia mahu menjaga penampilan selepas apa yang berlaku dengan rumah tangganya.

“Kadang-kadang ada ternampak juga komen yang orang kata masa ada suami tak nak jaga badan tapi bila dah jadi macam ini baru nak kurus. Tapi saya memang tak ambil hati pun.

“Sekarang ini, kalau saya pakai baju apa pun anak saya memang akan cakap saya cantik. Jadi dia tahu perubahan saya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *