Semasa

Perkhwinannya Sering ViraI Hingga ke lndonesia, Tiktoker Wanita ini Akhirnya Dedahkan Sesuatu

Betullah apa orang kata, kalau dah jodoh tak kemana. Jika dah ditakdirkan bersama, tiada apa yang dapat menghalang dua hati daripada bersatu.

Begitulah kisah pasangan suami isteri ini, walaupun jarak umur 21 tahun, namun usia bukan penghalang bagi mereka untuk membina mahligai bersama hingga ke syurga.

Namun berita perkahwinan mereka seringkali viral, dan menjadi tajuk utama berita-berita tempatan dan luar negara.

Contoh Keratan Berita di Indonesia

Contoh Keratan Berita di Malaysia

Asalnya Ayah Angkat

Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok dikenali sebagai Amira Hanim, berkongsi kisah percintaannya.

Siapa sangka lelaki yang dahulunya dia anggap sebagai ayah angkat, kini menjadi suami yang sah kepadanya.

“Benarlah kata orang kalau dah jodoh tak kan. Tak salahkan mencuba tup-tup jadi jodoh aku.”

Difahamkan, wanita berusia 25 tahun ini menganggap lelaki berkenaan sebagai ayah angkat ketika bekerja di tempat yang sama sejak tahun lalu.

Namun, dia mengakui bahawa perasaan cinta mula berputik terhadap duda berusia 46 tahun itu yang sama umur dengan bapa kandungnya.

“Dulu sama tempat kerja sebab dia sama umur dengan ayah saya. Saya buat ayah angkat eh tersuka pula. Suami dulu duda dah 9 tahun. Alang-alang dia single saya cucuk jarum lah.”

Akhirnya, jodoh semakin kuat dan mereka selamat bernikah pada pertengahan Ogos lalu dengan dua kali lafaz.

Ambil Yang Positif

“Dua kali jugak lah lafaz tapi alhamudillah semuanya berjalan lancar. Tok kadi dari nak start mula majlis sampai kesudah asyik buat lawak.

Aku tahan gelak je. benar lah kata orang..kalau dah jodoh kan..btw suami aku ni ex ayah angkat aku tau..tiber lak rasa sayang..tak salah kan mencuba, tup² dah jadi jodoh aku..??

Kalau dah jodoh tak kemana..i love u en.Zaini Ramli. ?? dua kali gak lah lafaz?..tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar??? ..

Tok kadi dari start nak mula majlis sampai kesudah dok buat lawak?? aku dok tahan gelak je..”

Tonton Video di Sumber : mamaadha97

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *