Menjadi kebiasaan apabila kita mulai mencipta nama ataupun sudah berjaya, pasti akan ada beberapa pihak mengaku mengenali kita.
Sedangkan ketika kita tidak mempunyai apa-apa, mereka memilih untuk meninggalkan serta pergi dengan alasan yang kadangkala tidak masuk akal.
Hal ini turut dialami sendiri oleh TikToker yang kini sedang mencipta nama dengan pelbagai konten yang menghiburkan di media sosial.
Tidak semena-mena, nama Ryan Bakery telah menjadi sebutan apabila ada satu konten di Tiktok menunjukkan gambar berukuran pasport miliknya yang masih disimpan oleh seorang wanita dipercayai bekas kekasihnya.
Perkongsian tersebut telah mendapat kecaman daripada netizen kerana merasakan tindakan tersebut seperti ‘lapar’ perhatian memandangkan Ryan Bakery kini sudah mencipta nama.
Mereka juga seakan memerli individu di dalam video terbabit dengan berpendapat bahawa wanita tersebut tidak ‘move on’ dengan hubungan yang entah bila terjadi dan pastinya sudah berakhir.
Kesian, Ex pun nak claim
Tunang ryan lagi syanteq
Move on je lah
Video dah padam dah
Walaupun video berkenaan telah dipadam dari akaun asal, namun ada pengguna TikTok yang berjaya merakam dan memuat naik semula ke media sosial.
Dalam video terbabit, pengguna TikTok yang sedang berbual dengan seorang wanita dipercayai bekas kekasih Ryan dilihat bergelak ketawa disamping gambar TikToker terkenal itu ada di hadapan mereka.
Ryan Sikit Pun Tak Kenal
Dalam perkongsian itu juga, Ryan Bakery telah meninggalkan komen dengan ‘menjawab’ semula pertanyaan gadis di dalam video itu sama ada mengenalinya lagi ataupun tidak.
Tonton Video di TikTok @yayaketuuu