Semasa

“Majlis gempak tapi..” Psgn Tiktoker Terkenal yg Buat Majlis Sanding Hampir RM26k Terima Padah Apabila Tidak Mahu Bayar

Seorang wanita meluahkan rasa kesalnya terhadap sepasang suami isteri yang didakwa tidak melunaskan bayaran perkhidmatan katering milik keluarga mertuanya, walaupun sudah 10 bulan mendirikan rumah tangga.

#gambar_sekadar_hiasan

Menurut pengadu, pada awal perbincangan, mereka ada meminta bayaran pendahuluan dari pasangan itu beberapa kali.

Tetapi pasangan berkenaan memberi alasan tidak dapat berbuat demikian, namun berjani akan melunaskan pembayaran penuh selepas habis majlis.

“Kita ni bukan tak minta deposit, dah minta.. sampai sehari majlis dah minta depo. Tapi tak ada, sebab fikirkan kesian esok diorang tak ada makanan dan dah janji nak bayar full selepas majlis. Kita proceed saja sebab orang kampung dan ada bau-bau bacang sikit.

“Sebelum ini pun mostly penduduk Kampung Selabak baik tau, tak pernah tak bayar katering. Dia ni je entah sesat mana, tak reti membayar.

“Minta tempoh dua bulan nak bayar selepas kantoi bagi cek tendang. Tapi dah nak masuk bulan 10, masih sendu ya.

Ini siap ugut kalau viral, tak nak bayar. Eh kau pahal? Siapa hutang siapa?” kata pengadu.

Difahamkan, ada beberapa lagi individu yang turut menjadi mangsa penipuan pasangan terbabit.

Pihak pengadu telah membuat laporan polis dan akan memfailkan tindakan undang-undang bagi menuntut hak mereka.

Sumber: Facebook Komuniti Kuantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *