Semasa

Dipaksa Jadi PeIacur dan Makan Lauk Daging Baabi – “Ingkar Arahan, Jari Akan Dip0tong”

Tak dinafikan, sindiket penipuan kerja di luar negara semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini malah ramai rakyat Malaysia telah terpedaya dengan tawaran gaji lumayan sehingga membuatkan mereka terkandas di Kemboja, Laos dan Myanmar.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Kebanyakan mangsa sindiket penipuan kerja ini akan dikurung, dipaksa bekerja dan diseksa sekiranya tidak menepati piawaian yang ditetapkan.

Mangsa mendakwa ketika menjadi mangsa penipuan empat bulan lalu, dia telah ditempatkan bersama beberapa mangsa wanita yang lain sebelum dipaksa berpakaian seksi dan tidur dengan ramai lelaki.

Ada satu kes di mana lelaki itu sebelum ini bekerja dengan syarikat teknologi maklumat di Dubai namun apabila syarikat ditutup, dia ditawar sindiket kononnya untuk bekerja dalam bidang sama di Thailand dengan tawaran gaji lebih lumayan.

Namun apabila tiba di Chiang Mai, Thailand, lelaki terbabit dikurung sebelum dibawa pihak sindiket ke Laos dan dipaksa bekerja sebagai scammer.

Seorang rakyat tempatan yang berasal dari Labuan, Sabah telah ke Dubai untuk bekerja tetapi sayangnya dia telah ditipu oleh sindiket penipuan kerja.

Dia hanya dapat berkomunikasi dengan keluarganya sebulan sahaja sebelum ‘hilang’ tanpa khabar berita. Ada mangsa yang terselamat mendakwa dia terpedaya dengan tawaran gaji ASD$1,100 (RM4,991).

Rakannya itu mendakwa mereka akan bekerja dengan aplikasi pelaburan forex dan apabila tiba di sempadan Vietnam, dia dipaksa bekerja sebagai scammer.

Dia turut memberitahu diseksa dan dipukul, malah tiga jarinya hampir putus, hidung berdarah, mata lebam dan kepala bengkak sehingga sukar untuk tidur.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Amy turut berharap agar dua anak lelakinya berusia 16 dan 30 tahun yang kononnya ditawarkan sebagai tukang masak di Myanmar selamat pulang ke tanah air.

Anak saya yang menghubungi saya secara sembunyi turut memberitahu diseksa dengan renjatan elektrik, selain darah diambil kemungkinan organnya akan diambil untuk dijual.

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *