Semasa

Sedih Sering Dihiina Kikis Harta Suami, Instafemes Ini Akhirnya Dedah Punca Kahwini Lelaki Wajah Pelik

Berkahwin dengan orang yang dicintai merupakan salah satu kebahagiaan dan impian buat setiap pasangan.

Malah, kita perlu menerima setiap keburukan dan kebaikan insan yang kita cintai demi melengkapi antara satu sama lain.

Pun begitu, lain pula yang berlaku kepada pasangan dari Indonesia ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @shasapuspitadewi di laman TikToknya, dia telah berkahwin dengan seorang lelaki yang berwajah unik telah menerima reaksi negatif daripada netizen.

Difahamkan, suaminya yang juga merupakan YouTuber terkenal Indonesia mempunyai wajah yang berbeza daripada manusia biasa terutamanya di bahagian kelopak mata, tulang pipi serta telinga yang mempunyai perkaitan dengan genetik abnormal Sindrom Treachers Collins.

Susulan itu, rata-rata netizen di ruangan komen mendakwa wanita terbabit berkahwin dengan suaminya adalah disebabkan harta semata-mata dan bukan disebabkan cinta.

Bagaimanapun, disebalik tuduhan yang dilemparkan oleh netizen, ada juga diantara mereka yang tidak bersetuju dan memaklumkan wanita tersebut mengahwini suaminya atas dasar cinta.

Malah, netizen turut memuji wanita itu tidak memandangkan rupa serta menerima segala kekurangan suaminya dan mereka mendoakan agar mahligai yang terbina kekal hingga syurga.

Sumber: TikTok @shasapuspitadewi 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *