Semasa

lntafemes Terkenal Terima Nasib MaIang Apabila Isteri Muda yg Baru Dikahwini Senyap² Rupanya Pemeras Ugut “Taknak rahsia terbongkar..”

Kuala Lumpur: Kononnya jatuh cinta namun rupa-rupanya, si isteri muda hanya mengahwini si suami demi mendapatkan wang mudah dengan memeras ugut lelaki berkenaan untuk menyerahkan sejumlah besar wang atau rahsia perkahwinan mereka didedahkan kepada isteri pertama atau di media sosial.

“Wanita ini akan memulakan langkah atau mendekati mangsanya di laman sosial. Apabila mendapat maklum balas positif, maka bermulalah episod ‘Cinta Ringgit Malaysia’.

“Berdasarkan kes yang saya temui, wanita ini mempunyai paras rupa menarik, jadi ia umpama pakej lengkap untuk mereka menjerat lelaki berduit ini sekali gus memperoleh wang dengan cara mudah,” katanya.

Hushim berkata, lelaki ini berkahwin secara rahsia dengan wanita berkenaan tanpa pengetahuan isteri pertama dan kebanyakannya dilakukan di sempadan.

Menurutnya, wanita terbabit juga mengambil gambar serta merekodkan video perkahwinan mereka, termasuk ada kes di mana terdapat gambar di kamar tidur.

“Gambar atau video berkenaan akan dijadikan senjata oleh wanita itu untuk meminta wang daripada suami dan jika tidak ditunaikan, mereka akan menyebarkan gambar itu kepada isteri pertama atau di laman sosial.

“Akibat bimbang diketahui umum, khususnya isteri pertama, lelaki terbabit akur dan terpaksa menyerahkan sejumlah wang diminta.

“Selepas beberapa bulan, si isteri akan meminta sejumlah besar wang lagi dan perkara ini berterusan sehinggalah akhirnya mereka terpaksa menceraikan isteri muda,” katanya.

Isteri kedua bawa petaka

Mengejar mahligai bahagia bersama isteri kedua namun mahligai derita yang diperoleh.

Itu pengajaran pahit buat Baharin (bukan nama sebenar), 45, yang diperas isteri muda tidak lama selepas berkahwin.

“Ketika ini, saya boleh diumpamakan yang dikejar dapatnya sekejap, yang dikendong pula lari meninggalkan saya.

“Itulah situasi hidup saya sekarang apabila isteri pertama tidak lagi mahu bersama dengan saya, anak-anak juga tidak mahu berjumpa manakala isteri kedua mata duitan.

“Saya ceraikan isteri kedua selepas lapan bulan mendirikan rumah tangga dan cuba untuk berbaik dengan isteri pertama. Namun setakat ini, ia tidak berjaya apabila isteri pertama mahu saya melepaskannya selepas hilang kepercayaan,” katanya.

Menceritakan pengalaman peritnya itu, Baharin berkata, semuanya bermula apabila dia berkenalan dengan seorang penuntut wanita yang menjalani latihan praktikal di syarikat tempatnya bekerja.

Dia yang juga pengurus kanan di syarikat itu mengatakan mula digoda oleh wanita berusia 24 tahun terbabit apabila mereka bekerja di jabatan yang sama.

“Bekas isteri kedua ketika itu menjalani latihan praktikal di jabatan saya. Ketika itu, saya adalah ketua jabatan berkenaan, jadi kami banyak berkomunikasi.

“Saya jadi cair apabila digoda oleh wanita yang muda lebih dua dekad daripada saya namun tidak menyangka, ia hanya berkaitan wang,” katanya.

Tanpa mendedahkan cara perkahwinan mereka, Baharin berkata, wanita itu beberapa kali meminta RM30,000 hingga RM50,000 daripadanya.

“Pada kali pertama, saya berikan wang itu kerana ketika itu, rasa sayang masih kuat dan masih belum menyedari tindak tanduk sebenarnya.

“Kali kedua, dia meminta RM50,000 kononnya sebagai simpanan untuknya jika saya meninggalkannya. Bagaimanapun, saya tidak endahkan permintaannya itu.

“Akibatnya, gambar serta video pernikahan kami dikongsi kepada isteri dan anak sulung saya,” katanya.

Baharin berkata, dia menceraikan wanita itu pada pertengahan tahun ini manakala isteri pertama dan anak-anak masih tidak memaafkannya.

Mula-mula RM5k, lama-lama 150k

“RM500,000 diberi kepada isteri kedua hanya bertahan untuk tempoh tiga hingga enam bulan sebelum dia meminta jumlah hampir sama.

“Akhirnya, saya menceraikan isteri kedua. Biarlah bergaduh dengan isteri pertama tidak mengapa, kerana pergaduhan itu boleh diselesaikan menerusi rundingan walaupun mengambil masa yang panjang.”

Demikian luahan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang mahu dikenali sebagai Zamir (bukan nama sebenar), 51, menceritakan pengalamannya berkahwin dengan wanita yang memerasnya untuk mendapatkan wang.

Zamir berkata, perkenalannya dengan wanita berkenaan bermula di Instagram sebelum wanita itu mula menghantar mesej terus (DM) bertanyakan perkara berkaitan perniagaan.

“Pada peringkat awal, saya kurang mengendahkannya kerana bimbang dia hanya scammer. Namun, selepas beberapa kali berbalas mesej, wanita itu mengajak saya berjumpa kerana ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang ilmu perniagaan.

“Jika dilihat kepada gambar profil dan gambar yang dikongsi di akaun Instagram wanita itu, siapa yang tidak cair kerana dia memang cantik serta pandai bergaya.

“Selepas pertemuan pertama, hubungan kami menjadi rapat walaupun dia mengetahui saya sudah berkahwin namun dia tidak kisah malah terbuka untuk menjadi isteri kedua,” katanya.

Menurutnya, beberapa bulan selepas perkenalan, dia memutuskan untuk berkahwin di sempadan secara senyap-senyap dan wanita terbabit bersetuju untuk merahsiakan perkahwinan mereka.

Katanya, permulaan perkahwinan nampak normal yang mana isteri keduanya itu hanya meminta sejumlah wang yang rasional iaitu sekitar RM5,000 hingga RM10,000 setiap bulan untuk perbelanjaan.

“Namun, selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga, isteri kedua mula menunjukkan taring dengan meminta RM150,000 kononnya untuk memulakan perniagaan.

“Beberapa minggu selepas itu, isteri meminta RM500,000 dan katanya, jika saya tidak memberi wang berkenaan, dia akan menyebarkan gambar perkahwinan kami di laman sosial selain kepada isteri pertama.

“Akhirnya, saya nekad menceraikan isteri kedua dan dalam proses berbaik semula dengan isteri pertama memandangkan perkahwinan pertama itu lebih tulen berbanding perkahwinan kali kedua ini,” katanya.

HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *