Semasa

“Ramai yg dengki kebahagian hidup saya..” Neelofa Akhirnya Bongkar Rahsia yg Suaminya Selalu..

Selebriti dan usahawan tersohor, Noor Neelofa mendedahkan dirinya berasa untung apabila mendapat suami yang sentiasa memberi tunjuk ajar, nasihat dan teguran buat dirinya dalam mejadi seorang isteri dan Muslimah sejati.

Dia sangat pentingkan adab dan akhlak. Kalau dalam mesyuarat, cara saya duduk, jawab soalan, dia akan tegur.

“Dia kata, kalau kita kurang ilmu dalam sesuatu perkara, kita kena tunjuk adab dan akhlak yang baik.”ujar Neelofa.

Neelofa berkata, kemanisan berumah tangga itu dapat dilihat apabila suami sering memberi teguran terhadap dirinya apabila tiada sesiapa yang ada berhampiran mereka berdua.

“Dia akan tegur bila dah tak ada orang. Manisnya di situ. Dia juga tak jemu menegur, kalau saya memang dah penat nak buat macam itu. Benda yang sama dia boleh tegur berpuluh-puluh kali. Jadi, saya pun lebih peka selepas ini,”katanya lagi.

Mengulas lanjut mengenai kehidupannya kini, Neelofa mengatakan terdapat sedikit sebanyak terdapat perubahan terutama dengan kehadiran anak lelaki bernama Muhammad Bilal serta bergelar seorang usahawan.

“Saya tak rasa hidup saya terlalu sempurna sebab mesti ada kekurangan di mana-mana. Tapi, jika nak bandingkan dulu dan sekarang, saya rasa lebih tenang, hati saya macam penuh sebab ada anak dan suami yang boleh teman. Walaupun tak terlalu rancak tapi saya rasa dapat rezeki yang cukup,”luah Neelofa.

Katanya lagi, kebanyakan urusan kerja dia akan serahkan kepada suami. Namun, sekiranya ada perkara perlu melibatkan dirinya, dia ada turut-serta.

Selain itu, Neelofa meluahkan kesyukuran kerana diberikan perjalanan kehidupan yang seimbang baik dari segi kehidupan peribadi mahupun kerjaya sehingga membuatkan ramai cemburu dengan perjalanan hidupnya.

“Saya rasa ramai yang cemburu perjalanan hidup saya. Banyak orang yang mungkin terlalu awal kahwin atau lewat dapat anak. Saya rasa syukur, alhamdulillah, Allah bagi perjalanan hidup saya yang agak seimbang.

“Sekarang ni dah banyak masa di rumah, saya rasa berpuas hati dengan apa yang saya buat dulu. Kalau dulu saya berikan sepenuhnya dan buat sikit-sikit saja mesti sekarang saya masih nak lagi. Saya tak rasa terlambat pun dengan apa yang saya dapat sekarang. Kawan saya yang dah kahwin empat tahun lepas dan dah ada anak saya rasa macam boleh ikut jejak dia.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris berkahwin pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Bilal yang kini berusia lapan bulan.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *