Semasa

Tak Mampu Menahan Sebak, Siti Nordiana Akhirnya Bongkar Terpaksa Berniaga Bawah Flat Demi Kelangsungan Hidup

”Nana antara artis yang tidak cerewet. Cuma dia mahu pastikan baju yang direka itu sedikit longgar dan tudungnya menutup dada…”

Itu pengakuan pemilik butik Jimmy Coture, Jimmy, saat mengimbau kenangan kisah disebalik gaun dipakai oleh penyanyi, Siti Nordiana pada konsert Gegar Vaganza (GV2) 2015.

BERNIAGA DI PASAR MALAM DAN DI BAWAH FLAT.

Siapa sangka dia yang mesra dipanggil Nana pernah berpµtus asa dengan kerjaya seninya dan mengambil keputusan untuk berniaga di pasar malam.

Bukan itu sahaja, menurut pelantun lagi Terus Mencintai ini dia juga pernah bergaya sɛksi semata-mata untuk pelancaran lagu, namun semuanya serba tidak menjadi.

Lebih menyɛntuh perasaan, Nana melakukan semua itu bukan semata-mata mencari populariti atau untuk diri sendiri, sebaliknya kerana mahu menampung kehidupan dia dan anaknya.

”Saya pernah rasa pµtus asa dengan kerjaya kerana buat apa sahaja tak menjadi sampai saya pernah pakai sɛksi untuk pelancaran lagu pun tak menjadi.

”Masa tu saya rasa memang sudah tiada ruang lagi buat saya salam industri. Saya berniaga pasar malam dan di bawah-bawah flat untuk meneruskan kehidupan,” ujarnya.

Kisah ini diceritakan oleh Nana sekitar tahun 2015, sewaktu beliau ditemui pada majlis sidang media konsert Sayangi Malaysiaku yang diadakan di Kementerian Belia Dan Sukan, Putrajaya.

Nana yang pernah berlakon dalam drama Dia Semanis Honey ini berkongsi kisah kehidupannya menerusi buku berjudul Life Goes On. Katanya, dia mengambil masa selama dua tahun untuk menyiapkan buku berkenaan.

Dalam pada itu, Siti Nordiana berkata, dia juga berkongsi foto-foto peribadinya yang tidak pernah dimuat naik di laman sosial.

”Banyak foto lama masa saya susah dulu ketika menyanyi di funfair dan bersama arw4h suami (Mohd. Faizal Yus0p) ada dalam buku itu.

”Saya harap apa yang saya ceritakan dapat memberi inspirasi kepada wanita yang senasib dengan saya. Apa yang mereka perlu lakukan apabila berasa pµtus asa dengan kehidupan,” ujarnya.

Sementara itu, Siti Nordiana berkata, dia mendapat reaksi positif daripada pembaca yang sudah membaca buku berkenaan.

Malah, katanya, ramai yang memberi mesej peribadi berkongsi kisah yang sama.

”Ada yang sudah beli dan mesej saya berkongsi kisah mereka pula. Ada yang minta pandangan dan mendapat manfaat daripada kisah saya itu,” ujarnya.

Buku Life Goes On terbitan Must Read itu dilancarkan di MPH pada tahun 2015.

mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *