Semasa

Claim Diri Sendiri Jadi Remaja Paling Kaaya di Malaysia, Instafemes Ini Akhirnya Terima Padah

Usahawan muda produk minuman kesihatan dari Kelantan iaitu Ayunie sekali lagi menjadi bualan netizen gara-gara mendakwa dirinya sebagai remaja paling kaya di Malaysia sehingga mencetuskan reaksi dan kritikan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Ayunie di laman TikToknya, kelihatan Ayu sedang menyambut kedatangan produknya yang baru restock semula dengan menaiki sebuah lori.

Kuat Perasan Ni

Bagaimanapun, dalam video tersebut Ayu mendakwa dia adalah remaja paling kaya di Malaysia tidak sama seperti dengan remaja lain yang sedang bertungkus lumus habiskan pembelajaran mereka di Kolej pada usia 19 tahun.

Susulan itu, ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataan berani usahawan tersebut yang sangat berkeyakinan tinggi mengatakan dirinya adalah remaja paling kaya berbanding dengan remaja seusianya.

Mahal Beli Confident ni

Bukan itu sahaja, netizen turut bertanya dari mana dia ‘membeli’ keyakinan tersebut dengan mengeluarkan dakwaan seperti itu kerana terdapat lebih ramai lagi individu yang lebih kaya berbanding dirinya.

Malah, netizen juga memohon pihak berkuasa LHDN segera lakukan siasatan.

Sumber: TikTok @ayunieso_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *