Semasa

Gara² TuIar Wajah Anaknya, Neelofa Akhirnya Dedahkan Jua Wajah Bilal, Namun Ruangan Komen Dipenuhi Dengan Pujian & Doa

Selepas sekian lama menanti bilakah selebriti terkenal, Noor Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris akan berkongsi wajah anak sulung mereka, Muhammad Bilal, akhirnya detik tersebut tiba juga.

Menerusi Instagram Neelofa, dia telah memuat naik video kompilasi gambar-gambar Bilal sejak dia dilahirkan sehingga sudah menjangkau usia 7 bulan.

Sudah tentu perkongsian perdana Neelofa kepada umum berkenaan wajah anaknya telah disambut baik peminat, rakan artis serta ahli keluarga di ruangan Instagram.

Rata-rata mereka meninggalkan komen memuji Bilal yang sangat comel serta mendoakan agar anak sulung Neelofa dan PU Riz membesar menjadi anak yang soleh.

“Cinta dan sayang pada anakku Bilal

Antara kecintaan tertinggi & teragung ummi di dalam hidup ini…

Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti, pasti semua ibu kasih dan cinta kan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil.

Bilal anak ummi sayang..

Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna

Jika kekayaan yang nak dibangdingkan maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah

Jika keselesaan yang ditaruhkan
Tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu

Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mataku
Syukur yang tiada penghujung padaMu ya Allah

Ummi doakan Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam

Terima kasih wahai Allah Yang Menzahirkan anak ini kepada kami…

Semoga Afiyyah sentiasa untuknnya
Semoga fakih dia dalam agama…
Semoga doanya adalah seperti disebut nabi :ولد صالح يدعو له

Doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya
الهم امين,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Dapat dilihat juga gambar-gambar keletah Bilal yang sangat akrab dengan bapanya serta keadaan ketika menikmati makanan awal miliknya.

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan wajah Bilal yang diambil secara curi-curi sewaktu dia berada di klinik.

Tindakan netizen tersebut telah dikecam hebat oleh warganet dan Neelofa sendiri meluahkan rasa kecewa dengan insiden terbabit kerana merasakan perkara yang berlaku itu seperti tidak menghormatinya sebagai seorang ibu.

Sumber: Instagram Neelofa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *