Semasa

Melekat Berpelukkan, Ini Reaksi Mereka Bila Netizen Persoal “Laki Bini Tak Marah ke”

Baru-baru ini, nama pelakon terkenal, Emma Maembong dan Shahz Jaszle menjadi bualan netizen apabila aksi mereka berpelukan untuk drama Mati Pucuk yang tular di laman sosial telah mencetuskan kritikan netizen.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Shahz di laman TikToknya, kelihatan dia bersama Emma Maembong yang memakai set baju pengantin sedang berpelukan tanpa berasa malu untuk menjayakan babak bagi drama tersebut.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Apa yang membangkitkan persoalan netizen, aksi mesra yang dilakonkan oleh mereka dianggap keterlaluan memandangkan masing-masing sudah mendirikan rumah tangga bersama pasangan sendiri.

Susulan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kualiti drama Melayu yang dihasilkan oleh pihak produksi pada masa kini yang seperti tidak mementingkan sensitiviti agama demi mengaut keuntungan.

Malah, segelintir netizen tidak bersetuju dengan babak mesra yang dilakonkan oleh Emma dan Shahz dan mereka menyifatkan drama tersebut tidak sesuai untuk ditayangkan kepada umum terutamanya kepada generasi muda.

“Badan Kena Wangi¬≤..”

“Mungkin laki bini pasrah je kot..”

Bukan itu sahaja, segelintir netizen mempersoalkan mengenai perasaan suami dan isteri pelakon itu apabila melihat babak mesra yang berpelukan tanpa menjaga batas yang sewajarnya.

Walaubagaimanapun, netizen masih lagi menunggu reaksi kedua-dua pelakon ini berhubung isu ini. Walaupun sudah ditanya soalan, namun mereka setakat ini mengambil reaksi berdiam diri.

Sebelum ini, drama bersiri She Was Pretty gandingan pelakon Aiman Hakim Ridza dan Diana Danielle turut mengundang kritikan netizen apabila terdapat beberapa babak kurang senang untuk ditonton yang dijayakan oleh kedua-dua pelakon tersebut.

Tonton Video di TikTok @shahzjaszle, Instagram @emma_maembongofficial

Leave a Reply

Your email address will not be published.