Semasa

“Ramai tak tahu hukum..” Tular Video Baby Shima Melawat Kubur Kristian Di Pagi Syawal, Ustaz Ini Tampil Jelaskan

Gara-gara berkongsi video melawat kubur Kristian di saat umat Islam meraikan bulan Syawal, penyanyi Baby Shima menerima kritikan netizen di media sosial.

Rakaman tersebut memaparkan dia memakai baju kurung hitam sambil memegang payung ketika menziarahi sebuah kubur yang difahamkan milik mendiang datuknya.

“Boleh saja ziarah kubur bukan Islam. Saya dah tanya pada ustaz. Tapi ramainya yang acah-acah ustaz menjatuhkan hukum.

Payah bila rasa ilmu tinggi sangat. Semua tak kena! Bila kesalahan sendiri buat-buat tak nampak.”

Geram dengan sikap netizen yang tak henti melontarkan kata kesat, pelantun lagu Lalai tidak akan memaafkan tindakan itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Bolehkah Menziarahi Kubur Ahli Keluarga Yang Bukan Islam

Islam tidak melarang umatnya untuk hadir ziarah jenazah bukan Islam.

Walaupun ada beberapa pendapat yang berbeza, namun majoriti ulama’ membenarkan aktiviti menziarahi kematian orang bukan Islam.

Terdapat satu hadis yang boleh dijadikan contoh dan renungan untuk kita semua.

Hadis tersebut bermaksud:

“Diriwayatkan daripada Saidina ‘Ali bin Abi Talib, beliau mengkhabarkan: Aku berkata kepada Nabi: Sesungguhnya, bapa saudaramu yang tua dan sesat telah meninggal dunia. Baginda bersabda: ‘Pergilah dan kuburkanlah bapamu. Dan, jangan lakukan sesuatu sehinggalah aku sampai.’ Maka aku pun pergi, menguburkannya dan pergi kembali kepada Baginda. Lalu Baginda memerintahkan aku untuk mandi dan Baginda mendoakanku.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Ulama’-ulama’ Mazhab Syafie juga mengharuskan aktiviti melawat dan menziarahi jenazah orang bukan Islam.

Imam Nawawi turut membenarkan orang Islam melawat jenazah orang bukan Islam.

Bagaimana dengan melawat perkuburan orang bukan Islam?

Aktiviti melawat atau berziarah ke perkuburan orang bukan Islam juga dibenarkan dalam Islam.

Islam tidak melarang umatnya untuk menziarahi tanah perkuburan orang bukan Islam, lebih-lebih lagi jika ia adalah perkuburan keluarga dan saudara-mara kita.

Begitu juga dengan jiran bukan Islam yang meninggal dnia, kita jug dibenarkan untuk menziarahi jenazah dan kuburnya kerana jiran juga dianggap sebagai kerabat terdekat.

Ziarah ke tanah perkuburan tidak kira perkuburan orang Islam atau bukan Islam juga adalah satu bentuk peringatan mengenai kematian.

Nabi pernah bersabda yang membawa maksud:

“Ziarahilah kubur, kerana kubur akan mengingatkan kita mengenai kematian.”

Namun, tidak boleh mendoakan kesejahteraan mereka di akhirat

Ziarah jenazah bukan Islam bukanlah satu larangan bagi umat Islam. Namun, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian mengenai ziarah ini.

Walaupun bapa kita yang bukan Islam meninggal dunia, kita tidak boleh mendoakan kesejahteraan untuknya di akhirat kelak.

Ini kerana keimanan antara orang Islam dan orang bukan Islam adalah berbeza.

Kita tidak boleh mendoakan mereka dengan sesuatu yang tidak diyakini atau diimani oleh diri mereka sendiri.

Selain itu, ketika menziarahi kematian atau ke tanah perkuburan orang bukan Islam, kita dilarang daripada menyertai atau melakukan sebarang bentuk ritual atau upacara keagamaan yang bertentangan dengan Islam.

Kita juga tidak boleh menunjukkan tanda pengagungan kepada si mati seperti menundukkan kepala kepada jenazah atau gambarnya.

Apa yang boleh dilakukan ialah seperti mengucapkan takziah atau memberikan kata-kata sokongan kepada ahli keluarga atau waris si mati.

Kita juga dibenarkan untuk memberikan sumbangan kepada mereka sebagai satu bentuk hadiah atau sedekah atas kematian yang berlaku.

Sumber: Instagram @babyshimaofficial

Leave a Reply

Your email address will not be published.