Semasa

Lelaki yang DibeIasah Tuan Rumah Sebab Nak Tumpang Tandas, dan Serang Menggunakan Parang Akhirnya Menerima Padah

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki di Kota Tinggi, Johor berdepan detik cemas selepas membenarkan ‘tetamu’ yang tidak dikenali menggunakan tandas rumahnya sebelum individu berkenaan bertindak mencederakan dua ahli keluarganya menggunakan parang.

Sekadar gambar hiasan

Manakala suspek juga mengalami kecederaan apabila kejadian itu disedari penduduk kampung yang mengambil tindakan sendiri sebelum diserahkan kepada polis.

Suspek turut dirujuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan.”

Ujar Hussin lagi, suspek didapati dalam keadaan khayal dan dipercayai di bawah pengaruh dadah ketika berada di rumah mangsa.

Dan hasil siasatan awal tiada sebarang unsur samun serta parang yang digunakan adalah milik tuan rumah.

“Suspek adalah warga tempatan berusia 30 tahun diserahkan kepada polis dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata tajam (parang).”

Pihak polis juga turut menasihati orang ramai supaya terus menghubungi balai polis berhampiran jika terdapat individu yang tidak dikenali berlegar-legar di kawasan perumahan dalam keadaan mencurigakan.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.